SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) secara amnya mempunyai kedudukan tunai yang lemah, dan perkadaran SME terdedah dianggarkan sekitar 30 mata peratusan lebih tinggi berbanding firma besar terdedah.
Demikian menurut hasil dapatan daripada satu analisis yang dilakukan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) terhadap kedudukan kewangan firma tidak tersenarai berdasarkan data tahun kewangan (FY) 2018 serta data lebih terkini bagi firma tersenarai dalam Bursa Singapura (SGX).