Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Dari pemandu Grab, jadi penjaja sate dan burger

Jan 24, 2022 | 05:30 AM



SEPANJANG tahun lalu, pendapatan Encik Musthafa Kaamal Mohammad sebagai pemandu Grab terjejas teruk akibat Covid-19 apabila ramai yang bekerja dari rumah.



Setelah tolak duit petrol dan sewa kereta, beliau mendapat $30 sehari atau $210 seminggu selepas memandu selama lapan hingga 10 jam.



Melihat pendapatan yang semakin menurun, anak bongsu empat beradik berusia 32 tahun yang menjaga ibu bapanya yang lanjut usia, memutuskan untuk berniaga di rumah.



Hasil resipi ibunya, beliau berniaga pelbagai juadah seperti nasi beriani, kuih-muih dan sate.



Melihat perniagaannya yang semakin rancak, anak muda berwawasan itu yang belum berumah tangga memutuskan menyewa sebuah gerai yang diberi nama Satay Street di Marsiling Mall untuk menebarkan sayapnya.



Encik Musthafa merupakan antara peniaga kecil-kecilan yang memutuskan untuk membuka perniagaan dalam pandemik ini.



Sektor makanan dan minuman (F&B) walaupun terjejas dengan sekatan Covid-19 masih dianggap sebagai sektor yang mudah diterokai.



Malah, pekerja yang diberhentikan akibat Covid-19 mengambil jalan keluar dengan berniaga dari rumah.



Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Singapura (DOS), sebanyak 3,285 F&B dibuka pada 2020 dan 2,283 dari Januari hingga November tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,568.



Bagi F&B yang ditutup pula, jumlahnya mencapai 2,056 pada 2020 dan 3,666 pada Januari hingga November tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan mencapai 5,722.



"Apabila ramai yang bekerja dari rumah, pendapatan saya sebagai pemandu Grab susut sebanyak 70 peratus. Selepas bekerja lapan hingga 10 jam dan menolak harga sewa kereta sebanyak $50 dan duit minyak sebanyak $70, saya bawa balik sekitar $30 sehari. Tengok pendapatan menurun sebanyak 70 peratus, saya memutuskan untuk berniaga kerana saya pun memang minat memasak,'' kata Encik Musthafa.



Menggunakan resepi turun-temurun ibunya yang memang pandai memasak, anak muda itu menjual pelbagai juadah seperti nasi beriani dan sate.



Semasa Hari Raya tahun lalu, tempahan kuih-muih beliau memang laris, meningkatkan pendapatan keluarga.



Melihat potensi perniagaan itu, beliau memutuskan untuk menyewa sebuah gerai Satay Street di #01-43, Marsiling Mall.



Perniagaan sate dan burger itu hanya dibuka dari 4 petang hingga 10 malam.



Dengan pelaburan sebanyak $5,000, anak muda itu menguruskan sendiri perniagaan itu tetapi beliau merancang mengambil pekerja apabila perniagaan itu semakin laris.



"Untuk memberikan kelainan, beliau menghidangkan sate dan burger beralaskan daun pisang bagi memberikan keharuman,'' ujar Encik Musthafa, yang membuat sendiri patti burger dan sate itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >