Topik diikuti
Pergi ke BHkuDolar S'pura kian kukuh berbanding dolar AS

Mar 31, 2016 | 5:30 AM
Dolar S'pura kian kukuh berbanding dolar AS
DOLAR Singapura tumbuh kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat semalam sedang kadar faedah setempat susut lagi selepas ketua Simpanan Federal Amerika, Dr Janet Yellen, menekankan perlunya bank pusat itu lebih berhati-hati dalam menaikkan kadar faedah.
Sehingga 2 petang semalam, dolar Amerika didagangkan pada $1.3534 berbanding dolar Singapura - kadar terendah sejak 13 Julai. Pada Selasa lalu, ia mencapai $1.3677.