Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DPPMS bentuk akademi pupuk keusahawanan, bangun keupayaan

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



SATU akademi baru yang bertujuan untuk memupuk keusahawanan dan keupayaan masa depan telah dibentuk Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Akademi DPPMS, bermatlamat untuk memastikan pemilik perniagaan terus mempunyai kemahiran bagi menangani landskap perniagaan yang mencabar dan mempunyai tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan, bagi menyokong perniagaan.



Menurut kenyataan DPPMS, akademi itu dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk melengkapi diri mereka dengan kemahiran keusahawanan penting dan kemahiran masa depan.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai akademi tersebut, Presiden DPPMS, Encik Farid Khan berkata:



"Dengan trend lebih ramai belia meneroka dunia perniagaan, terdapat keperluan untuk memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran yang tepat untuk mempersiapkan mereka bagi landskap ekonomi dan perniagaan yang berubah-ubah, tidak kira sama ada dari sudut digital, setempat atau antarabangsa.



"Pelancaran Akademi Perniagaan DPPMS ini bertujuan untuk mencapai ini dengan menawarkan program dan kursus yang tepat bagi setiap golongan yang disasarkan.



"Kami yakin bahawa akademi ini bukan hanya akan membantu pemilik perniagaan yang sudah berjaya, tetapi juga menggalak belia dan mereka yang bercita-cita menjadi usahawan supaya meneroka perjalanan keusahawanan ini."



Akademi tersebut akan menawarkan kursus yang memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan dalam tujuh bidang utama.



Ini adalah seperti pemasaran dan penjenamaan; pengurusan perniagaan, pemikiran rekaan, pendigitalan, celik kewangan, pembangunan halal dan kemahiran insani.



Selain itu, akademi berkenaan akan mengelolakan program khas untuk beberapa golongan khusus yang disasarkan.



Ia adalah golongan peniaga baru, perniagaan mikro seperti perniagaan berpangkalan di rumah, asatizah dan golongan belia.



Menurut kenyataan DPPMS, setiap program khas itu akan ditawarkan dalam tiga peringkat berbeza - asas, pertengahan dan lanjutan - bagi memastikan keperluan peserta dari pelbagai peringkat dan latar belakang dapat dipenuhi.



Secara keseluruhan, program khas akan berjalan selama tujuh bulan.



Para peserta akan diberikan alat yang direka khas untuk mereka melakukan penilaian diri bagi mengenal pasti tahap kemahiran dan pengetahuan bagi memastikan mereka dipadankan dengan program yang bersesuaian, jelas DPPMS.



"Sepanjang program itu, pihak akademi akan sentiasa meneliti dan menjejaki kemajuan setiap peserta bagi memastikan setiap orang mempunyai perjalanan pembangunan keupayaan yang lancar," tambah DPPMS.



Sebagai menambah nilai lagi, akademi tersebut akan memastikan lulusan program dapat memasuki pasaran sebagai peniaga atau pekerja yang berkemahiran.



Kata DPPMS, ini akan dilakukan menerusi jalinan rangkaian dengan pihak berkepentingan seperti syarikat kecil dan sederhana, syarikat berbilang negara, dewan perniagaan lain dan persatuan perdagangan.



Peserta yang berminat boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut di laman web academy.smcci.org.sg.




"Dengan trend lebih ramai belia meneroka dunia perniagaan, terdapat keperluan untuk memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran yang tepat untuk mempersiapkan mereka bagi landskap ekonomi dan perniagaan yang berubah-ubah, tidak kira sama ada dari sudut digital, setempat atau antarabangsa. Pelancaran Akademi Perniagaan DPPMS ini bertujuan untuk mencapai ini dengan menawarkan program dan kursus yang tepat bagi setiap golongan yang disasarkan. Kami yakin bahawa akademi ini bukan hanya akan membantu pemilik perniagaan yang sudah berjaya, tetapi juga menggalak belia dan mereka yang bercita-cita menjadi usahawan supaya meneroka perjalanan keusahawanan ini."
- Presiden DPPMS, Encik Farid Khan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >