Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DPPMS buka pencalonan bagi lapan anugerah perniagaan

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



PENCALONAN sedang dibuka bagi lapan anugerah perniagaan dalam Jamuan Malam Gala dan Malam Anugerah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bulan depan.



Majlis pada 21 Oktober itu akan diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Anugerah yang dipertandingkan termasuk Usahawan Lelaki Terbaik dan Usahawan Wanita Terbaik.



Usahawan Muda Terbaik juga dipertandingkan bagi peniaga ber-usia 35 tahun dan ke bawah.



Selain itu, Anugerah Juara Masyarakat akan diberi kepada peniaga yang membawa kesan besar kepada masyarakat, manakala Anugerah Inspirasi pula bagi peniaga yang menunjukkan nilai seperti keutuhan dan keupayaan membuat penyesuaian.



Anugerah Penyejagatan akan diberi kepada peniaga berjaya meluaskan perniagaan di luar Singapura, manakala Anugerah Perniagaan Mikro disediakan bagi peniaga berpendapatan hingga $500,000 yang menunjukkan pertumbuhan besar dan model perniagaannya menunjukkan keupayaan berkembang.



Anugerah Transformasi Teknologi pula akan diberi kepada peniaga yang membuat rombakan digital terhadap model perniagaan mereka, sekali gus memberi kesan positif terhadap pertumbuhan perniagaannya.



Pencalonan bagi anugerah-anugerah itu dibuka hingga 1 Oktober.



DPPMS akan juga mengiktiraf rakan kerjasama yang menyumbang kepada kejayaan dewan itu melalui Anugerah Kehormat Rakan Dewan, yang akan dipilih oleh DPPMS.



Majlis itu akan diadakan di Park Royal on Beach Road dan merupakan acara kemuncak Konvensyen Perniagaan DPPMS yang akan berlangsung dari 19 hingga 21 Oktober.



Turut hadir dalam majlis itu kelak ialah Menteri Negara Kanan (Kementerian Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang akan hadir sebagai penasihat kehormat DPPMS.



Pengerusi penganjur acara tersebut, Cik Fadilah Majid, berkata sejak dua ahun lalu, mereka telah melihat banyak contoh terbaik daya tahan dan penyesuaian yang dibuat dalam kalangan peniaga Melayu/Islam.



"Oleh itu, Jamuan Malam Gala dan Malam Anugerah akan menjadi peluang keemasan untuk mengiktiraf kisah kejayaan ini dalam masyarakat," katanya.



Presiden DPPMS, Encik Farid Khan, pula berkata Dewan percaya "kejayaan yang telah dan akan dicapai hanya boleh diraih melalui perkongsian rapat dengan anggota dan rakan kongsi".



Pencalonan dan maklumat boleh didapatkan di https://smcci.org.sg/businessconvention2022/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >