Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DPPMS usul majikan beri faedah kepada pekerja yang ambil vaksin

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT di sini boleh mempertimbang menawarkan faedah kepada pekerja yang divaksin untuk menggalak tenaga kerja mereka mendapatkan vaksinasi mereka, kata Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan.



Saranan itu dikongsi beliau sebagai antara cara menggalak pekerja mendapatkan vaksin Covid-19 mereka menyusuli pengumuman bahawa pekerja yang belum divaksin tidak dibenarkan kembali ke tempat kerja mulai 15 Januari ini, meskipun jika mereka diuji negatif bagi Covid-19 24 jam sebelumnya.



Kelmarin, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata 52,000 pekerja di Singapura belum lagi menerima vaksin Covid-19 dan hanya sebilangan kecil tidak layak bagi vaksinasi atas sebab perubatan.



Sekitar 6,700 yang belum divaksin itu berusia 60 tahun dan ke atas. Sehingga 19 Disember lalu, 80 peratus syarikat di sini telah mencapai tahap perlindungan vaksin sepenuhnya bagi tenaga kerja mereka.



Sementara DPPMS menyokong langkah oleh pemerintah tidak membenarkan individu belum divaksin pulang ke tempat kerja demi memastikan tempat kerja selamat, ia harus mengambil kira individu yang tidak dapat divaksin atas sebab perubatan, kata Encik Farid.



Menurutnya, langkah itu juga mungkin boleh disemak bagi tempat kerja yang tidak berisiko tinggi.



"Dewan mempunyai saluran maklum balas sedia ada bagi perniagaan yang mungkin terjejas oleh langkah ini, namun kami yakin, berdasarkan perkongsian, bahawa majoriti anggota kami mempunyai tenaga kerja yang sudah divaksin," kata Encik Farid.



MOM berkata pertimbangan khas akan diberikan kepada individu yang disahkan tidak layak bagi vaksinasi Covid-19 atas sebab perubatan untuk membolehkan mereka kembali ke tempat kerja, namun majikan harus mempertimbangkan beberapa langkah.



Ini termasuk membenarkan kakitangan itu bekerja dari rumah jika mereka boleh berbuat demikian atau mengerahkan semula kakitangan menjalankan tugas yang boleh dibuat dari rumah jika pekerjaan sedemikian sedia ada.



Sebagai sebahagian langkah terkini itu, pemerintah mengumumkan bahawa vaksinasi menjadi mandatori bagi kelulusan permohonan baru bagi pas pekerjaan, pas jangka panjang dan penduduk tetap di Singapura mulai 1 Februari depan. Mereka yang memperbaharui pas pekerjaan juga mesti telah divaksinasi.



Encik Farid berkata peraturan ini akan menjejas sektor yang bergantung pada pekerja migran seperti binaan, makanan dan minuman (F&B) dan juga acara mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice).



Sektor tersebut sudah pun menghadapi kesukaran dari segi tenaga kerja, dan kegiatan import dan eksport sejak 18 bulan lalu dan peraturan itu boleh mencetuskan lebih banyak cabaran bagi kos tenaga manusia, tambah beliau.



Memberikan beberapa saranan bagi cara syarikat mengurangkan isu kekurangan tenaga kerja dengan peraturan baru itu, Encik Farid berkata majikan harus terus menggalak tenaga kerja yang belum divaksin mendapatkan vaksinasi, dan juga boleh memanfaatkan penggunaan teknologi.



"Tidak termasuk mereka yang tidak boleh mendapatkan vaksinasi atas sebab perubatan, perniagaan harus secara aktif menggalak pekerja mereka untuk divaksin sepenuhnya untuk mengelakkan sebarang isu tenaga kerja sedang langkah sekatan berterusan," kata beliau.



"Perniagaan juga harus mempertimbang penggunaan huraian digital dan automasi untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja mereka," tambah beliau.




"Tidak termasuk mereka yang tidak boleh mendapatkan vaksinasi atas sebab perubatan, perniagaan harus secara aktif menggalak pekerja mereka untuk divaksin sepenuhnya untuk mengelakkan sebarang isu tenaga kerja sedang langkah sekatan berterusan."
- Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >