Ekonomi Q3 kuncup 5.8%, pulih daripada Q2
Chun Sing: Perkembangan disebabkan Covid-19 ubah ekonomi secara tetap
Nov 24, 2020 | 05:30 AM
EKONOMI Singapura menguncup 5.8 peratus pada suku ketiga berbanding setahun lalu, satu pemulihan selepas ia merosot 13.3 peratus pada suku sebelumnya semasa tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19 dilaksana.
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menyemak ramalan ekonominya bagi tahun ini kepada penguncupan 6.5 hingga 6 peratus, daripada 5 hingga 7 peratus.