Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ekonomi S'pura tumbuh 0.7% tahun lalu: MTI

Jan 2, 2020 | 8:36 AM
Pertumbuhan 0.7 peratus adalah sejajar dengan pertumbuhan 0.5 hingga 1 peratus diramalkan MTI sebelum ini.
Pertumbuhan 0.7 peratus adalah sejajar dengan pertumbuhan 0.5 hingga 1 peratus diramalkan MTI sebelum ini. - ST

EKONOMI Singapura tumbuh 0.7 peratus tahun lalu berdasarkan anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI). Ia adalah sejajar dengan ramalan pemerintah sebelum ini iaitu pertumbuhan antara 0.5 dengan 1 peratus. Pada suku keempat tahun lalu, ekonomi tumbuh sebanyak 0.8 peratus berbanding setahun lalu. Ia lebih tinggi dari pertumbuhan 0.7 peratus pada suku ketiga. Namun, bagi perbandingan suku tahunan, ekonomi meningkat 0.1 peratus pada suku keempat berbanding suku ketiga disebabkan penguncupan sektor perkilangan sebanyak 2.1 peratus. Sektor binaan meningkat 2.1 peratus pada suku keempat, manakala industri perkhidmatan tumbuh 1.4 peratus. MTI akan membentangkan pertumbuhan penuh ekonomi bulan depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg