SEBUAH syarikat pengeluar rempah kuah segera, Asyura Pte Ltd, meningkatkan lagi perniagaannya dengan mendapat satu piawaian keselamatan makanan yang akan memudahkan syarikat itu mengeksport produknya.
Piawaian SS590:2013 yang diberikan oleh badan Certification International Singapore itu memastikan syarikat tersebut mengikut segala proses keselamatan makanan yang ditetapkan di peringkat Singapura dan antarabangsa.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg