Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma SG kini boleh nikmati akses pasaran lebih luas di Amerika Latin: MTI

Jan 28, 2022 | 05:30 AM



PERJANJIAN Dagangan Bebas (FTA) antara Perikatan Pasifik (PA) dengan Singapura (PASFTA) akan membolehkan syarikat Singapura menikmati akses pasaran lebih luas di Amerika Latin dengan mengurangkan kos eksport agar barangan dan perkhidmatan mereka boleh diberi harga lebih berdaya saing, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Perjanjian itu telah ditandatangani Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, bersama rakan sejawatnya dari anggota negara PA - terdiri daripada Chile, Colombia, Mexico dan Peru - kelmarin di Persidangan PA Ke-16 di Colombia.



Mereka turut menandatangani Pengisytiharan Bersama PA-Singapura di acara itu.



Dengan PASFTA dan Pengisytiharan Bersama PA-Singapura yang ditandatangani itu, Singapura akan menjadi anggota bersekutu pertama PA, kata MTI dalam kenyataannya semalam.



Ini akan membolehkan Singapura dan PA meneroka kerjasama ekonomi dalam sektor kepentingan bersama, seperti ekonomi digital, logistik dan prasarana, dan perdagangan makanan.



MTI berkata PASFTA merupakan satu perjanjian moden dan menyeluruh yang melengkapi rangkaian FTA Singapura dan memperkukuh perjanjian sedia ada yang Singapura ada bersama negara-negara PA.



Ini seperti Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), Kerjasama Ekonomi Rentas Pasifik (P4), dan FTA Peru-Singapura.



Secara kolektif, Chile, Colombia, Mexico dan Peru membentuk ekonomi kelapan terbesar dunia, dengan gabungan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) melebihi AS$2 trilion ($2.7 trilion) dari segi nominal. Ini menyumbang 40 peratus daripada GDP keseluruhan rantau itu.



Encik Gan berkata PASFTA menunjukkan komitmen bersama Singapura dan Perikatan Pasifik terhadap integrasi ekonomi lebih besar dan sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan.



"PASFTA akan membolehkan kita mewujudkan lebih banyak peluang bagi perniagaan kita dan menyokong pekerjaan baik bagi rakyat kita.



"Kami menantikan pelaksanaan pantas perjanjian itu. Sebagai anggota bersekutu PA, Singapura juga komited bekerjasama dengan PA dalam bidang kepentingan bersama, untuk mempertingkat mutu kehidupan di negara dan rantau kita," kata beliau.



Selain bidang perdagangan tradisional dalam barangan, perkhidmatan dan pelaburan, PASFTA itu turut merangkumi sebuah bab mengenai khidmat pengangkutan maritim antarabangsa - yang pertama bagi sebuah FTA Singapura.



Bab itu bertujuan mempertingkat ketersambungan fizikal antara Singapura dengan PA, dan menggalak pertukaran amalan terbaik dan latihan dalam sektor maritim.



MTI berkata setiap negara kini akan mengusahakan proses pemeteraian masing-masing untuk menguatkuasakan perjanjian itu.



PASFTA akan berkuat kuasa setelah Singapura dan dua anggota negara PA memeterai perjanjian itu.



Sidang PA Ke-16 di Colombia itu turut disertai Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan.



Kedua-dua Encik Gan dan Encik Tan, yang berada di Colombia dari Ahad lalu hingga semalam, telah bertemu rakan sejawat Colombia mereka daripada Kementerian Perdagangan, Perusahaan dan Pelancongan, Kementerian Pembangunan Sekitaran dan Kemampanan, Kementerian Pelombongan dan Tenaga, dan Kementerian Ehwal Luar.



Mereka juga bertemu dengan pemimpin perniagaan dan syarikat Singapura dan Colombia.



Selain itu, Encik Gan dan Encik Tan bertemu dengan para menteri dan naib menteri Chile, Peru dan Mexico daripada Kementerian Perdagangan dan Kementerian Ehwal Luar.



Lawatan Encik Gan dan Encik Tan itu disertai pegawai MTI, Enterprise Singapore (ESG) dan Pejabat Peguam Negara (AGC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >