Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SAJIAN KHAS HARI INI: TOKOH NIAGA

Firma SG sediakan mesin layan diri di Makkah, Madinah hasil MOU

Syarikat Melayu/Islam perlu meneroka peluang penyejagatan di luar negara bagi memperluaskan pasaran mereka, menurut Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, semasa sesi dialog pasca-Belanjawan anjuran bersama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan BERITA HARIAN (BH), diadakan baru-baru ini. Sejajar itu, sebuah syarikat telah dapat memanfaatkan peluang niaga di luar niaga hasil bantuan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) di bawah Global Connect. BH menemu ramah firma itu.
Apr 05, 2022 | 05:30 AM



BERMULA dari Singapura, syarikat pengurusan mesin layan diri One Vibes Nation Vending & Advisory Pte Ltd menguruskan lebih 100 mesin layan diri di serata Singapura.



Hasilnya, pelbagai mesin layan diri diperkenalkan termasuk mesin halal susyi pertama di dunia hasil kerja sama dengan syarikat Hei Sushi, mesin layan diri layan diri Boon Lay Power Nasi Lemak serta mesin aiskrim hasil kerjasama dengan F&N Cremeries dan syarikat MVO yang menjua aiskrim jenama Nestle.



Kini, syarikat itu sudah bersedia untuk menyerantau setelah ia menjalinkan perjanjian memorandum persefahaman (MOU) dengan sebuah syarikat makanan Arab Saudi, Inaar Hospitality dan Tourism bagi menyediakan 500 hingga 1,000 mesin layan diri di Makkah dan Madinah.



Lebih banyak peluang menembusi pasaran Arab Saudi akan sedang diterokai setelah syarikat itu diperkenalkan kepada Kementerian Pelaburan Arab Saudi (Misa) oleh rangkaian Global Connect di bawah Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), kata pengarah urusan One Vibes, Cik Amanda Aida Atan.



“Melalui Global Connect, kami diberitahu mengenai peluang perniagaan ini, lalu saya pun ke sana untuk meninjau pasaran itu. Saya diberitahu bahawa Arab Saudi ingin memperkenalkan budaya mesin layan diri di sana dan berminat untuk kami membangunkan kilang bagi mengeluarkan mesin layan diri itu,’’ ujar Cik Amanda, yang baru pulang dari Jeddah, Makkah, Madinah dan Riyadh tiga minggu lalu.



Syarikatnya merupakan antara syarikat yang mengambil bahagian dalam Sidang Puncak Perniagaan Apex Singapura 2022 anjuran SBF baru-baru ini.



Menurut Cik Amanda, Arab Saudi berminat untuk memperkenalkan lebih banyak mesin layan diri di stesen-stesen Metro, bangunan kerajaan dan bangunan komersial.



Sebelum itu, One Vibes telah memeterai MOU dengan syarikat Inaar yang diwakili ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Dr Ibrahim Mahmoud Alsini, bagi menyediakan mesin layan diri seperti nasi mandhi dan bukhari di hotel-hotel di Makkah dan Madinah.



Ia merupakan satu usaha mereka untuk menghuraikan masalah sukar mendapat pekerja di sana, kata Cik Amanda.



Menurutnya, apa yang menarik perhatian Arab Saudi ialah mesin layan diri yang disediakan yang lebih canggih menggunakan teknologi terkini.



One Nation Vibes juga menyediakan mesin robotik yang membolehkan mesin itu membuat kopi.



Malah, dengan inovasi yang diperkenalkan, syarikat itu memperkenalkan mesin susyi halal pertama di dunia dengan syarikat Hei Sushi yang terletak di U-Town di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Ia juga menyediakan dua buah mesin layan diri seperti di pusat beli-belah Hillion Mall dan Pusat Stephen Riady NUS yang menjual makanan beku dari Boon Lay Power Nasi Lemak.



“Semasa di Sidang Puncak Perniagaan Apex, kami juga memperkenalkan mesin layan diri baru, FacePay yang membolehkan pelanggan membayar barangan yang dibeli dari mesin layan diri hanya dengan menunjukkan wajah mereka jika mereka mempunyai kad kredit/debit dengan bank yang mempunyai ciri pengenalan wajah,” katanya.



Ia diperkenalkan hasil kerjasama dengan pakar Internet of Things (IoT) dalam peningkatan digital mesin layan diri, Auresys Pte Ltd.



Dalam sidang itu, beberapa menteri seperti Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, dan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, turut melawati gerai pameran One Vibes.




"Melalui Global Connect, kami diberitahui mengenai peluang perniagaan ini lalu saya pun ke sana untuk meninjau pasaran itu. Saya diberitahu bahawa Arab Saudi ingin memperkenalkan budaya mesin layan diri di sana dan berminat untuk kami membangunkan kilang bagi mengeluarkan mesin layan diri itu."
- Pengarah urusan One Vibes, Cik Amanda Aida Atan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >