Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Galak e-pembayaran, kurangkan nota duit baru: MAS

Jul 29, 2022 | 05:30 AM



DALAM satu langkah untuk mengurangkan pengeluaran karbon, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan meningkatkan usaha untuk mempromosikan e-pembayaran. Dengan tujuan mengurangkan permintaan orang ramai terhadap wang kertas dan syiling baru, terutamanya semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina.



"Jejak karbon berlebihan wang kertas baru yang dikeluarkan untuk memenuhi permintaan perayaan setiap tahun membentuk kira-kira 8 peratus daripada jumlah pelepasan MAS, sebanding dengan pelepasan daripada menjana tenaga kepada 430 flat empat bilik setiap tahun," kata pengarah urusan MAS, Encik Ravi Menon, dalam sidang media mengenai laporan kemampanan 2022 semalam.



Encik Menon berkata beliau berharap lebih ramai rakyat Singapura akan menerima alternatif seperti nota fit (fit notes) dan e-hadiah untuk mengurangkan kesan kepada alam sekitar dan jejak karbon nota baru untuk diberi masa perayaan .



Dalam laporan itu, MAS berkata ia akan meneruskan pengurangan progresif nota baru untuk mengurangkan kesan alam sekitar terbitan nota baharu.



MAS menambah bahawa ia juga bekerjasama dengan pembekal untuk mengurangkan pelepasan karbon untuk menghasilkan mata wang. Operasi mata wang penyumberan luarnya menyumbang lebih daripada 50 peratus daripada jumlah pelepasan karbon MAS pada tahun kewangan 2021.



Ia sedang bekerjasama dengan pencetak nota polimernya, Note Printing Australia, untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada pengeluaran nota.



Kira-kira 100 juta keping nota baharu untuk Tahun Baru Cina dan tempoh perayaan lain dikeluarkan setiap tahun. Nota baharu ini digunakan sekali untuk pemberian, dan kebanyakannya dikembalikan kepada MAS tidak lama kemudian.



Lebihan wang kertas itu akan dikumpul dan kemudiannya dimusnahkan sebelum tamat gunanya kerana ia jauh melebihi permintaan gantian.




"Jejak karbon berlebihan wang kertas baru yang dikeluarkan untuk memenuhi permintaan perayaan setiap tahun membentuk kira-kira 8 peratus daripada jumlah pelepasan MAS, sebanding dengan pelepasan daripada menjana tenaga kepada 430 flat empat bilik setiap tahun."
- Pengarah urusan MAS, Encik Ravi Menon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >