Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Geran $55 juta ESG bangun firma pertanian, akuakultur

Jun 26, 2020 | 8:16 PM
Geran itu akan digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan inovasi mereka sehingga mereka dapat berusaha mencari penyelesaian pertanian yang berkesan dari segi sumber daya serta mencapai penghasilan tinggi. - FOTO: Fail.
Geran itu akan digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan inovasi mereka sehingga mereka dapat berusaha mencari penyelesaian pertanian yang berkesan dari segi sumber daya serta mencapai penghasilan tinggi. - FOTO: Fail. -

LEBIH $55 juta telahpun diketepikan Enterprise Singapore (ESG) untuk membantu dalam pembangunan firma pertanian dan akuakultur tempatan.

Geran itu akan digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan inovasi mereka sehingga mereka dapat berusaha mencari penyelesaian pertanian yang berkesan dari segi sumber daya serta mencapai penghasilan tinggi, lapor The Straits Times. Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Koh Poh Koon, memberitahu media pada Jumaat (26 Jun) bahawa geran $55 juta itu melengkapkan matlamat "30 pada 30" Singapura, iaitu memenuhi 30 peratus keperluan pemakanan negara menjelang 2030 menerusi pengeluaran tempatan. "Walaupun ada sumber dana yang diasingkan untuk membiayai (sasaran) 30 pada 30 itu, ideanya adalah untuk memberikan sokongan tambahan kepada pemain yang sudah ada di pasaran supaya mereka dapat berinovasi dan memperluas kemampuan mereka dengan lebih cepat. Dalam pada itu, ia juga merupakan satu cara untuk menawarkan daya tahan dari segi sumber makan sewaktu krisis Covid-19 ini dan oleh itu, memanfaatkan krisis ini untuk mempercepatkan sasaran 30 pada 30 kita, "katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg