Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

HARGA PASARAN TERBUKA FLAT HDB

Harga flat jualan semula HDB naik 12.7% tahun lalu ke paras tertinggi baru

Jumlah rekod 259 flat dijual sekurang-kurangnya $1j, harga mungkin naik lebih perlahan tahun ini
Jan 29, 2022 | 05:30 AM



PASARAN flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengakhiri tahun lalu pada paras tertinggi baru, dengan harga naik 12.7 peratus, kenaikan setahun paling curam sejak 2010.



Data yang dikeluarkan semalam menunjukkan 259 flat jualan semula HDB bertukar tangan pada harga sekurang-kurangnya $1 juta tahun lalu, bilangan tertinggi flat sedemikian dalam rekod setakat ini dan lebih tiga kali ganda daripada 82 unit pada tahun sebelumnya.



Daripada jumlah itu, 40 unit dijual pada harga sekurang-kurangnya $1.2 juta, berbanding tujuh unit pada tahun sebelumnya.



Harga tertinggi dalam rekod ialah bagi sebuah flat Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) lima bilik bernilai $1.36 juta di Natura Loft di Bishan, yang dijual bulan lalu.



Penjualan flat bernilai jutaan dolar tidak berkurangan tahun ini walaupun langkah penyejukan hartanah diperkenal bulan lalu, dengan 24 unit jualan semula sedemikian dijual hingga semalam.



Langkah menyejukkan harga perumahan privet dan awam dilaksana sebagai respons kepada pasaran hartanah yang hangat.



Sejak 16 Disember, had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV) bagi pinjaman perumahan daripada HDB diperketat daripada 90 peratus kepada 85 peratus. Ia antara langkah menggalak pembeli agar lebih berhemat.



Kenaikan harga jualan semula HDB setahun penuh sebanyak 12.7 peratus itu, yang naik sedikit daripada data kilat yang dikeluarkan awal bulan ini, adalah pertumbuhan tahunan tertinggi sejak 2010, apabila harga meningkat 14.1 peratus.



Pada 2020, harga jualan semula HDB naik 5 peratus bagi tahun itu.



Pada suku keempat tahun lalu sahaja, harga flat jualan semula HDB meningkat 3.4 peratus, melebihi pertumbuhan 2.9 peratus pada suku ketiga dan 3 peratus pada suku kedua tahun lalu.



Sejumlah 31,017 flat jualan semula HDB bertukar tangan tahun lalu, bertambah 25.3 peratus daripada 24,748 unit pada 2020.



Flat lima bilik di bandar matang Queenstown adalah yang paling mahal pada suku keempat, dengan harga median $935,000, naik daripada harga median $926,000 pada suku ketiga tahun lalu. Ini diikuti oleh Toa Payoh, yang harga median flat lima biliknya pada suku keempat ialah $894,900, naik daripada $818,000 pada suku ketiga.



Data HDB tidak memberi harga jualan semula median suku keempat flat lima bilik di kawasan tengah, yang meliputi The Pinnacle @ Duxton. Harga jualan semula median flat empat bilik di kawasan tengah ialah $972,500 pada suku keempat, naik daripada $950,000 pada suku ketiga.



Data menunjukkan 75 unit di The Pinnacle @ Duxton bertukar tangan pada harga sekurang-kurangnya $1 juta tahun lalu, menjadikannya projek perumahan awam yang mempunyai paling banyak urus niaga sedemikian.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik i firma hartanah OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata pasaran jualan semula HDB mungkin melihat pertumbuhan harga lebih perlahan tahun ini kerana pembeli semakin tidak bersedia membayar harga tinggi dengan kadar gadai janji yang meningkat dan inflasi dijangkakan.



"Secara amnya, pembeli mungkin lebih berhemat dalam pembelian rumah. Walaupun tidak semua pembeli terjejas oleh langkah penyejukan baru, ada mungkin berfikir dua kali untuk membayar harga rekod bagi flat tertentu," tambahnya.



"Pertumbuhan harga lebih perlahan tahun ini mungkin memberi kelegaan kepada sesetengah pembeli kerana nilai rumah yang meningkat pesat tahun lalu menjejas pembelian keluarga yang mempunyai sedikit simpanan tunai."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >