HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta hartanah perumahan privet meningkat dalam suku kedua tahun ini, menurut anggaran awal dari HDB dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam.
Harga flat jualan semula naik 2.6 peratus dalam suku kedua tahun ini berbanding 2.4 peratus dalam suku pertama, menurut HDB.