Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

CONTOH 2

Hidangan mesra 'keto' untuk pupuk gaya hidup sihat

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



MAKANAN boleh mempengaruhi kehidupan seharian.



Perniagaan makanan mesra keto yang dimulakan pada November lalu ini merupakan kesinambungan ke arah kehidupan dan gaya yang lebih sihat untuk diri dan keluarganya.



Begitulah luahan Cik Saffiyah Al-Medina, ibu tiga anak perempuan, yang juga dikenali sebagai Yvonne Anjelina Rajah dalam kalangan teman dan pelanggannya.



Sejak beliau sendiri memulakan diet ketogenik atau keto pada 2019, Cik Saffiyah dapat merasakan perubahan yang positif berlaku kepada dirinya.



Selain mampu mengurangkan berat badannya, Cik Saffiyah, 46 tahun, juga merasa lebih cergas, bertenaga dan aktif berbanding sebelum ini.



Dengan berat badannya pernah mencecah 105kg ketika itu, beliau juga berdepan dengan risiko penyakit kronik seperti kencing manis. Berat badannya juga berjaya dikurangkan lebih 20kg, dan kini di paras 80kg.



Menurutnya, beliau masih perlu menurunkan lebih banyak lagi 'lemak', sehingga mencapai berat badan yang ideal, dan yakin mampu mengecapinya.



Secara lazim, diet keto mengamalkan pemakanan 70 peratus lemak sihat, 25 peratus protein dan 5 peratus karbohidrat. Pengambilan lemak sihat adalah seperti lemak tanpa tepu (polyunsaturated) dan lemak tanpa tepu mono (monounsaturated). Kandungan lemak sebegini banyak terdapat pada ikan salmon, minyak zaitun, mentega dan buah alpukat.



Di laman Instagram dan Facebook milik Cik Saffiyah, Keto & Halal Bakery, dan di laman www.ketoandhalal.com, beliau menyediakan pelbagai roti artisanal, kek serta pelbagai sos seperti mayonais, sapuan pada roti seperti kaya dan coklat kacang hazel serta banyak lagi.



Semua sajian ini tidak bergula, dan tidak menggunakan tepung gandum. Sebaliknya, beliau menggunakan bahan-bahan asli seperti telur, tepung dan susu berasaskan dari kekacang seperti badam, santan, serta minyak zaitun atau minyak sapi untuk menghasilkan hidangan yang lebih menyihatkan.



"Saya memulakan pemakanan sihat atau diet keto ini sejak 2019, itupun setelah membuat banyak kajian mengenainya.



"Pemakanan keto tidak mengandungi gula dan rendah karbo, hanya lemak sihat dan protein secara sederhana yang dianjurkan dalam pola pemakanan seharian.



"Bermula dari situ dan setelah melihat manfaatnya dan terbukti berkesan, saya mula menjual hidangan mesra keto bermula kepada kenalan dan kemudian di media sosial.



"Memandangkan agak sukar juga untuk mendapatkan hidangan keto yang halal, sambutan dari pelanggan Melayu di sini memang cukup memberangsangkan.



"Walaupun harga asas untuk mendapatkan bekalan bagi makanan keto ini sendiri sudah cukup tinggi, namun mereka masih tetap membeli dan menyokong pemakanan sihat ini," kata pelatih bebas dalam urusan khidmat pelanggan ini dengan ramah.



Wanita mualaf berketurunan Sri Lanka dan Arab ini berharap untuk melihat lebih ramai lagi masyarakat setempat di sini menjadi lebih peka dalam pemilihan makanan, dan menjauhi sajian yang kurang berkhasiat, manis dan bergula serta tinggi karbohidrat.



Beliau akui pernah mengalami masalah kesihatan seperti pradiabetes. Pradiabetes adalah keadaan paras gula dalam darah yang tinggi tetapi tidak terlalu tinggi sehingga boleh dikategorikan sebagai diabetes. Namun jika penyakit ini tidak diatasi lebih awal, ia boleh menyebabkan komplikasi lain seperti strok dan punca serangan penyakit jantung.



Dengan penjagaan makanan dan mengamalkan kehidupan yang sihat, kesihatan Cik Saffiyah kini bertambah baik. Paras gula dalam darahnya juga turun dari 7.7 ke 5.6 kini, tanpa pengambilan ubatan.



"Menyediakan makanan mesra keto dalam talian ini merupakan salah satu cara saya untuk menggalakkan kehidupan yang lebih sihat kepada masyarakat.



"Meskipun hidangan keto ini tanpa gula tetapi ia tetap enak dan berkhasiat. Bagi yang berminat untuk memulakan diet keto atau memulakan pemakanan yang sihat, saya nasihatkan agar mereka membuat kajian dan berjumpa doktor untuk mendapatkan keterangan lanjut.



"Namun apa yang pasti saya yakin, pencegahan itu lebih baik dari mengambil ubat," tambahnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >