Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar nganggur S'pura turun walau jumlah kerja kosong bagi Jun turun sedikit: MOM

Kebanyakan kerja kosong dalam sektor pembinaan, pengeluaran serta sektor yang sedang berkembang seperti maklumat dan komunikasi, perkhidmatan profesional
Sep 15, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN kerja kosong di Singapura turun sedikit kepada 126,100 Jun lalu selepas mencatat kenaikan bagi tujuh suku berturut-turut sedang syarikat mengisi lebih banyak tempat kosong.



Sedang kadar pengangguran turun, nisbah kerja kosong kepada orang yang menganggur naik sedikit daripada 2.42 pada Mac lalu kepada 2.53 bagi Jun lalu - kadar peningkatan suku tahun paling perlahan yang dicatat dalam tempoh dua tahun lalu.



"Walaupun kerja kosong berkurangan, pasaran pekerja kekal ketat dengan nisbah kerja kosong kepada orang yang menganggur naik seiring keadaan pengangguran yang lebih baik," kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam laporan Pasaran Pekerja Suku Kedua yang dikeluarkan semalam.



Menurut laporan itu, kebanyakan kerja kosong Jun lalu adalah daripada sektor pembinaan dan pengeluaran pada 22 peratus, dan daripada sektor yang sedang berkembang seperti maklumat dan komunikasi, perkhidmatan insurans dan kewangan, perkhidmatan profesional serta perkhidmatan kesihatan dan sosial pada 31 peratus.



Lagi 17 peratus kerja kosong Jun lalu datang daripada sektor yang berhadapan dengan pengguna dan berkaitan pelancongan seperti seni, hiburan dan rekreasi, perkhidmatan makanan dan minuman (F&B), penginapan, perdagangan runcit serta pengangkutan udara dan perkhidmatan sokongan.



Sektor-sektor ini melihat bilangan kerja kosong meningkat pada kadar yang lebih pantas, berbanding 11 peratus Mac lalu, dengan permintaan yang meningkat bagi pekerja kerani, penjualan dan perkhidmatan bagi memenuhi permintaan perniagaan yang bertambah, kata MOM.



Sementara itu, kadar pengangguran keseluruhan Singapura ialah 2.1 peratus Jun lalu, turun daripada 2.2 peratus pada Mac lalu.



Kadar pengangguran penduduk pula turun daripada 3 peratus kepada 2.8 peratus dalam tempoh sama.



Bilangan pemecatan juga terus turun kepada paras paling rendah sebanyak 990 dalam suku kedua tahun ini, iaitu lima pemecatan bagi setiap 10,000 pekerja.



Bilangan ini turun daripada 1,320 pemecatan yang dicatat dalam suku pertama.



"Seperti suku-suku sebelumnya, pemberhentian yang berlaku ini rata-rata adalah disebabkan oleh penyusunan atau penstrukturan semula perniagaan. Perniagaan yang lebih lemah dan kos yang lebih tinggi juga merupakan sebab biasa bagi pemberhentian pekerja pada suku kedua 2022, sedang tekanan global mempengaruhi sentimen perniagaan firma yang memberhentikan pekerja," kata MOM.



"Penurunan dalam pemberhentian pekerja, yang dilihat dalam kebanyakan sektor, adalah paling ketara dalam sektor pengeluaran, terutama dalam produk logam fabrikasi, pengeluaran mesin dan peralatan serta pengeluaran elektronik," tambahnya.



Sementara itu, kadar pengambilan pekerja pula naik daripada 2.5 peratus pada suku pertama kepada 2.6 peratus dalam suku kedua, kadar yang kali terakhir dilihat pada 2014.



Kadar berhenti kerja pula kekal stabil pada 1.7 peratus bagi suku keempat berturut-turut.




"Seperti suku-suku sebelumnya, pemberhentian yang berlaku ini rata-rata adalah disebabkan oleh penyusunan atau penstrukturan semula perniagaan. Perniagaan yang lebih lemah dan kos yang lebih tinggi juga merupakan sebab biasa bagi pemberhentian pekerja pada suku kedua 2022, sedang tekanan global mempengaruhi sentimen perniagaan firma yang memberhentikan pekerja... Penurunan dalam pemberhentian pekerja, yang dilihat dalam kebanyakan sektor, adalah paling ketara dalam sektor pengeluaran, terutama dalam produk logam fabrikasi, pengeluaran mesin dan peralatan serta pengeluaran elektronik."
- MOM mengenai bilangan pemecatan yang turun bagi suku kedua tahun ini.




Laporan lanjut: Bilangan pekerjaan hampir capai paras prapandemik: MOM 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >