Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kampong Glam berubah 'wajah' sejak pandemik

Peniaga baru muncul selepas beberapa kedai lama ditutup, masih ada kedai belum disewa
Feb 05, 2022 | 05:30 AM



KAWASAN Kampong Glam berubah 'wajah' dengan beberapa peniaga baru mengambil tempat di kedai-kedai yang dikosongkan akibat pandemik Covid-19.



Beberapa kedai kosong masih dilihat di kawasan pelancongan seperti Haji Lane, meskipun keadaan lebih baik dilihat di kawasan lain seperti Bussorah Street.



Kadar kedai kosong di Kampong Glam mencecah 9 hingga 11 peratus sepanjang 2021, berbanding 4.9 hingga 6.7 peratus sepanjang 2019 sebelum Covid-19 berlaku, menurut perangkaan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) Realis.



Wabak itu telah menyebabkan beberapa kedai terpaksa gulung tikar terutama kedai-kedai yang sebelum ini menjual cenderahati yang disasarkan kepada pelancong.



Ia membuka ruang bagi peniaga baru mengisi tempat kosong itu, menyediakan kepelbagaian di kawasan tersebut.



Menyentuh mengenai kedai yang masih kosong di Haji Lane, ejen hartanah komersial SRI, Encik Azlan Hakim, berkata selain bilangan pelancong yang masih rendah, terdapat juga pemilik hartanah yang meningkatkan harga sewa sebaik sahaja ekonomi bertambah baik.



"Ada pemilik hartanah yang meminta harga setinggi $9-10 bagi setiap kaki persegi (psf) di kawasan seperti Haji Lane ketika ini menyebabkan kesukaran mendapat penyewa kerana banyak perniagaan masih lemah," ujarnya, yang sudah berkecimpung dalam bidang hartanah komersial sejak 2002.



Ketua penyelidikan firma runding cara hartanah Knight Frank, Encik Leonard Tay menyatakan harga sewa median bagi ruang runcit dan kedai di Kampong Glam adalah sekitar $4.60 hingga $5.85 psf sebulan tahun lalu, berbanding $4.40 hingga $6.55 psf pada 2019 berdasarkan perangkaan URA Realis.



Pemilik salun rambut Karva, Cik Rozza Ramli, yang membuka pusat kecantikan, Aura Beauty & Wellness di 62 Haji Lane bulan lalu akur harga sewa di Haji Lane sedang dalam trend peningkatan.



"Terdapat pemilik hartanah yang meletakkan harga sewa tinggi, ada yang meminta harga $10,000 seperti sebelum Covid-19 sedangkan ramai peniaga yang masih menghadapi kesukaran. Pemilik hartanah ini mungkin optimis keadaan akan bertambah baik," katanya.



Beliau membuka Aura bersama dua rakannya, Cik Tasneem Noor, yang juga pemilik restoran Fika dan Cik Cassandra Tan, bagi menyediakan khidmat rawatan muka dan pengurusan berat badan.



Di Bussorah Street, keadaan lebih baik memandangkan lokasinya yang memang menarik perhatian masyarakat Melayu/Islam kerana berdekatan dengan Masjid Sultan dan banyaknya kedai makanan dan minuman (F&B) halal.



Ini diakui pemilik Butik ByHarmoni, Cik Siti Aisyah Ahmad, yang membuka butik di Bussorah Street Ogos lalu.



"Semasa saya melahirkan minat membuka kedai di Bussorah Street, masih terdapat beberapa kedai kosong tetapi banyak kedai itu telah pun disewakan ketika ini. Jadi, sebagai peniaga kami mempunyai kuasa rundingan untuk mendapatkan harga sewa yang baik," kata Cik Aisyah, yang mempunyai sebuah lagi kedai di Tanjong Katong Complex.



Kedai kosong di sebelah unitnya telah pun disewakan oleh firma K's Keria, manakala kedai depannya disewakan oleh Waffle Place.



Cik Fatin Farhanah Ismail, pemilik K's Keria, yang menjual makanan tradisional Melayu itu, bakal membuka kedainya di 42 Bussorah Street bulan depan.



"Sebelum ini, unit itu disewakan kedai menjual cenderahati tetapi disebabkan Covid-19, ia ditutup. Ia memberi ruang bagi kami menjual di sana," kata Cik Fatin, yang juga mempunyai kedai di Our Tampines Hub (OTH).




"Ada pemilik hartanah yang meminta harga setinggi $9-10 bagi setiap kaki persegi (psf) di kawasan seperti Haji Lane ketika ini menyebabkan kesukaran mendapat penyewa kerana banyak perniagaan masih lemah."
- Ejen hartanah komersial SRI, Encik Azlan Hakim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >