Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Kedai jahit terus bertahan hampir 10 tahun di pusat beli-belah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Kedai jahit terus bertahan hampir 10 tahun di pusat beli-belah

Kos khidmat memadai, dimampui antara strategi pertahan niaga
Jan 26, 2023 | 05:30 AM

SELAMA dua dekad, Cik Jamaliah Alias hanya mengambil tempahan menjahit baju dari rumah sebagai sumber pendapatan sampingan.

Namun, apabila tempahan semakin bertambah dan ruang rumah yang terbatas, Cik Jamaliah, 56 tahun, memutuskan untuk membuka kedainya sendiri.

Kini, usia kedai menjahit beliau, Kamaliah Alterations & Tailoring di pusat beli-belah Junction 9, yang terletak di Yishun, sudah mencecah hampir 10 tahun dan terus bertahan.

Malahan, ekoran perniagaan yang rancak, ibu empat anak itu sudah mengembangkan kedainya dan membuka sebuah kedai di kawasan perumahan baru di Blok 105A, di Bidadari Park Drive.

Mengimbas perjalanannya dalam bidang perniagaan, Cik Jamaliah menceritakan:

"Sebenarnya, saya bermula dengan menjahit baju adik-beradik sahaja di rumah, sebab kami 10 orang beradik.

"Lama-kelamaan semakin banyak pula tempahan antara keluarga sehingga sudah tidak ada ruang lagi rumah.

"Jadi, suami saya menyarankan agar menyewa ruang kedai jadi lebih senang untuk berniaga," ujar beliau, yang mendapat sokongan penuh keluarga untuk berniaga.

Namun, Cik Jamaliah menjelaskan beliau tidak menyangka perniagaannya di pusat beli-belah tersebut akan bertahan begitu lama.

"Pada mulanya, saya fikir saya mahu cuba berniaga selama dua tahun sahaja. Maklum saya tidak pernah berniaga di kedai dan hanya di rumah sahaja.

"Tetapi bila lihat perniagaan amat baik, saya ikat kontrak sewa untuk lagi tiga tahun dan terus bertahan sehingga ke hari ini," terang beliau yang menggajikan lima pekerja, majoritinya merupakan pekerja bukan Melayu.

Tambahnya, pada masa itu sebahagian besar pelanggannya merupakan masyarakat Cina.

Bagaimanapun, sejak kemasukan lebih banyak peniaga Melayu dan kesedaran lebih tinggi mengenai pusat beli-belah itu, kini jumlah pelanggan Melayu semakin bertambah.

Kata Cik Jamaliah, kini penjualan yang disumbang oleh pelanggan Melayu telah meningkat daripada 30 peratus dahulu kepada 80 peratus.

"Saya memang tidak menyangka perniagaan di kedai ini boleh berjaya dan ramai pelanggan yang terus menyokong selama 10 tahun lalu.

"Di kalangan pelanggan Melayu, bila mereka tahu ada kedai jahit di sini, mereka gembira dan terus menempah jahit baju terutamanya untuk Hari Raya dan majlis khas," kongsi beliau.

Apabila ditanya mengenai cabaran yang dihadapi sepanjang berniaga, Cik Jamaliah menekankan bahawa sudah menjadi adat perniagaan ada pasang surutnya.

"Kami akan berusaha mempertahankan perniagaan selagi boleh. Antara strategi kami ialah untuk mengenakan kos khidmat yang memadai dan dimampui," terangnya.

Melihat trend pelanggannya sekarang, Cik Jamaliah menjangkakan perniagaan akan terus rancak kerana permintaan untuk menjahit baju akan terus ada, terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.

"Kita dapat lihat ada segmen pelanggan yang misalnya, tidak suka seberang tambak dan mengharungi kesesakan trafik di Koswe semata-mata untuk tempah atau beli baju.

"Jadi inilah golongan yang menjadi tumpuan kami di samping golongan pelanggan bukan Melayu yang memerlukan khidmat menjahit untuk pakaian harian mereka," tambah beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3