Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedatangan pelancong sangat dinanti Bintan yang kini sepi

Jan 28, 2022 | 05:30 AM



NORHAIZA HASHIM Dari Bintan



PASIR putih di pantai privet di depan Hotel Cassia dan Banyan Tree di utara Bintan tidak terusik kecuali kelihatan seorang lelaki yang membersihkan dedaun yang bertaburan.



Kedai-kedai di Terminal Feri Bandar Bentan Telani, yang menjadi tempat feri berlabuh dari Singapura, semuanya ditutup.



Yang ada hanya kaunter Bintan Resort Ferries.



Begitulah sunyinya keadaan di Bintan tatkala wartawan berada di sana bagi menjalani tugasan Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia yang dihadiri Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Encik Joko Widodo Selasa lalu.



Sebelum pandemik Covid-19 melanda dua tahun lalu, Bintan dan Batam cukup sibuk dan menjadi tumpuan pelancong Singapura yang ingin 'makan angin' berdekatan luar Singapura.



Lokasinya yang hanya sejam setengah dengan menaiki feri dari Singapura menjadi destinasi yang ideal.



Namun, pandemik Covid-19 mengubah segalanya.



Tetapi, keadaan mungkin berubah tidak lama lagi setelah Indonesia mengumumkan Bintan dan Batam, dua pulau pelancongan popular di Indonesia, sedang memperhalusi rancangan membuka semula sempadannya kepada pelancong dari Singapura.



Menteri Penyelaras bagi Ehwal Ekonomi Indonesia, Encik Airlangga Hartarto, berkata pemerintah Indonesia sedang bersedia melancarkan gelembung perjalanan kerana bilangan kes Covid-19 di kededua pulau itu kini terkawal.



Singapura juga akan berbincang dengan Indonesia untuk membentuk aturan perjalanan khas atau gelembung bagi dua hala bagi pelawat ke Bintan dan Batam, menurut PM Lee.



Pengumuman itu memang dinanti peniaga seperti Encik Boxi, pemilik D'Bintan Souvenir & Shop dan D'Bintan Salon Day Spa yang terletak di Jl. Hang Tuah di Sebong Bintan.



"Pengumuman itu memang luar biasa dan ditunggu-tunggu selama ini. Kelmarin (Sebelum ini), ia sudah direncanakan tetapi tidak terlaksana. Sejak Covid-19, keadaan di sini sepi sekali. Orang lokal pun susah dengan kondisi kewangan yang sempit,'' kata Encik Boxi, yang menjual cenderahati, batik dan menyediakan khidmat spa.



Sebelum pandemik, lebih 70 peratus pelanggannya merupakan warga Singapura dan baki dari Malaysia dan negara lain.



Untuk menakat, beliau telah membuka sebuah kafe di luar bandar yang dipasarkan untuk penduduk tempatan di Bintan, kata pemuda berusia 36 tahun itu.



"Kami nanti-nantikan kedatangan pelancong Singapura. Pastinya karyawan perhotelan juga tidak sabar,'' katanya.



Seorang lagi peniaga di Bintan, Encik Putu Sukayasa dari Fir Travel, juga mengharapkan sempadan akan dibuka antara Singapura dengan Bintan.



Beliau menyediakan khidmat bas antara hotel dengan lapangan terbang atau terminal feri.



"Sejak Covid-19, saya hanya bergantung kepada pelawat lokal dari Jakarta, Jawa dan Batam yang ke sini (Bintan). Tetapi pendapatannya tentunya jauh berbeda dari sebelum Covid-19. Jumlah pendapatan turun 80 peratus. Pelawat lokal yang datang pun tidak ramai, hanya dua kali seminggu,'' ujar Encik Putu, yang berasal dari Bali.



Beliau menambah sekurang-kurangnya 10 hotel di Bintan telah ditutup akibat pandemik itu.



Antara yang ditutup ialah Bintan Lagoon Resort yang cukup popular dengan pelancong Singapura.



Seperti Encik Putu dan Encik Boxi, harapan peniaga di Bintan hanya satu.



Kedatangan pelancong dari Singapura dan negara lain akan membantu ekonomi keluarga mereka yang sudah dua tahun terjejas. Diharap penantian mereka akan berakhir tidak lama lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >