MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN
Keluaran kilang atasi ramalan untuk naik 13.7% bulan lalu
Didorong peningkatan dalam sektor elektronik: EDB
Sep 26, 2020 | 05:30 AM
KELUARAN kilang Singapura menjulang 13.7 peratus bulan lalu, didorong oleh pertumbuhan elektronik, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) semalam.
Ia jauh mengatasi ramalan pakar ekonomi yang menjangkakan pertumbuhan hanya 2.2 peratus.