DENGAN pasaran pekerjaan yang berkembang pesat dan ciri pekerjaan yang akan berubah, Singapura telah berusaha untuk mengenal pasti kemahiran yang mungkin dituntut oleh pekerjaan pada masa hadapan.
Sebelum kemahiran hari ini menjadi tidak relevan, SkillsFuture Singapura (SSG) baru-baru ini mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh pekerja untuk terus berada di hadapan.