Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kenaikan GST secara bertahap boleh ditimbangkan: Peniaga

Feb 08, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA peniaga menyatakan pelaksanaan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) secara bertahap akan dapat mengurangkan kesan terhadap keluarga dan perniagaan memandangkan tekanan inflasi yang berlaku ketika ini dan pandemik Covid-19 yang masih menjejas ekonomi.



Malah ada juga yang meminta agar GST ditunda pelaksanaannya setelah ekonomi menjadi lebih stabil.



Pemerintah sebelum ini menyatakan GST akan dinaikkan sebanyak 2 peratusan mata dari 7 peratus kepada 9 peratus antara tahun ini dengan 2025.



Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong akan membentangkan Belanjawan Negara pada 18 Februari ini dan perincian mengenai GST dijangka diumumkan.



Pengarah urusan Pondok Abang, Encik Hasan Abdul Rahman, melahirkan kebimbangan pelanggannya, yang merupakan para peniaga kecil-kecilan yang bukan merupakan syarikat GST berdaftar, akan menanggung kos perbelanjaan lebih tinggi dengan kenaikan GST.



Ini akan menyebabkan para peniaga itu mengenakan harga makanan lebih tinggi kepada pelanggan, katanya.



Syarikatnya, yang merupakan syarikat berdaftar GST, juga mengenakan GST kepada pelanggannya dan perlu memastikan beliau membeli produk dari syarikat-syarikat berdaftar GST agar mengurangkan kos beliau.



"Banyak peniaga dan masyarakat masih berada dalam tahap pemulihan. Pendekatan melaksanakan GST secara bertahap akan membantu agar kesannya dikurangkan. Ia mungkin boleh dinaikkan dalam tahun 2023 dan kemudian dinaikkan lagi pada tahun mendatang," ujar Encik Hasan, yang menjual produk makanan beku.



Hanya perniagaan melebihi $1 juta dari segi penjualan dikenakan cukai tahunan diperlukan menjadi syarikat berdaftar GST. Bagi syarikat di bawah $1 juta, mereka boleh berdaftar secara sukarela.



Rakan Niaga Pengurusan (Singapura dan Brunei) firma rundingcara perniagaan dan perakaunan Ernst & Young, Encik Max Loh berkata melaksanakan GST secara dua tahap akan memberikan pemerintah peluang untuk memantau kesan kenaikan GST itu.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat pereka audio visual SCAVAI, Encik Ambran Abu Bakar berkata terdapat pelanggannya yang menanyakan jika syarikatnya boleh menyerap GST sebagai potongan harga.



"Jika pelanggan meminta kami menyerap GST, ia dapat ditangani dengan melaksanakan strategi harga yang diperbaru yang menawarkan lebih banyak nilai dalam produk dan perkhidmatan agar kenaikan GST tidak ketara atau nampak kecil," kata Encik Ambran.



Beliau menambah banyak produk dan perkhidmatan asas juga dikecualikan dari GST dan warga tempatan juga mempunyai pilihan membeli dalam talian. Golongan berpendapatan rendah akan terjejas tetapi pemerintah menyatakan ia akan menyediakan bantuan bagi meredakan kenaikan itu terutama bagi golongan itu.



Minggu lalu, Encik Wong menyatakan bahawa sokongan akan diberikan kepada warga Singapura yang bimbang dengan kenaikan kos kehidupan. Beliau akur banyak perniagaan akan terus terjejas dengan kenaikan operasi disebabkan kenaikan kos perbekalan, rantaian bekalan dan logistik yang meningkatkan lagi tekanan inflasi.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) Enercon Asia, Encik Azhar Othman berkata kenaikan GST membimbangkan para peniaga dan warga tempatan yang tertekan dengan kos lebih tinggi ketika ini.



"Oleh kerana pandemik Covid-19 masih berlaku, ia adalah baik jika pemerintah dapat menunda untuk setahun lagi jika keadaan lebih stabil. Berdasarkan laporan, ia dianggarkan bahawa peniaga dan pelancongan akan kembali ke tahap sebelum pandemik pada 2024," kata Encik Azhar.



Khamis lalu, pengerusi Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI), Dr T Chandroo dalam kenyataan medianya menyatakan kenaikan GST boleh menjejas sektor seperti runcit dan makanan dan minuman (F&B) yang banyak ditembusi para peniaga kecil-kecilan.



"SICCI menggalak kementerian agar memilih dalam melaksanakan skim GST agar perniagaan tidak berhadapan dengan kenaikan mendadak dari segi perbelanjaan mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >