Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keppel buat tawaran lebih 12% lebih tinggi bagi ambil-alih SPH

Nov 10, 2021 | 09:57 AM



DALAM usaha menyaingi tawaran konsortium Cuscaden Peak, Keppel Corporation telah meningkatkan tawarannya bagi mengambil-alih dan menswastakan syarikat Singapore Press Holdings (SPH) kepada $2.351 sesaham, menurut kenyataan bersama SPH dan Keppel pada malam Selasa (9 Nov).



Tawaran baru itu adalah 12 peratus lebih tinggi dari tawaran lama yang diumumkan SPH pada 2 Ogos dan 9 peratus premium dari harga dagangan terakhir SPH sebanyak $2.16 pada 9 November.



Ia merupakan premium sebanyak $6.7 peratus dari harga saham SPH sebanyak $1.503 pada 30 Mac dan 7.9 peratus lebih tinggi dari nilai aset bersih SPH sebanyak $2.184.



Ini menjadikan jumlah ekuiti secara keseluruhan bagi SPH mencapai $3.8 bilion. Keppel pada awalnya menawarkan gabungan 66.8 sen sesaham dalam bentuk tunai bagi SPH serta 0.596 unit Reit Keppel (bernilai 71.5 sen) dan 0.782 unit Reit (bernilai 71.6 sen) sehingga 30 Julai lalu, yang merupakan hari dagangan penuh sebelum pengumuman Keppel.



Sebagai sebahagian dari tawaran baru, Keppel meningkatkan komponen tunai kepada 86.8 sen sesaham. Jumlah Reit Keppel dan Reit SPH kekal sama. Tetapi, Reit Keppel bernilai lebih rendah iaitu 68.5 sen sesaham, manakala Reit SPH adalah lebih tinggi iaitu 79.8 sen berdasarkan harga tutup kededuanya pada 9 November.



Menurut kenyataan itu, tawaran Keppel itu adalah muktamad dan tidak akan diubah. Tawaran terbaru itu dibuat selepas Cuscaden Peak, sebuah konsortium dimiliki anak syarikat hartawan Ong Beng Seng Hotel Properties, Tiga Stars; anak syarikat Temasek Holdings, CLA Real Estate Holdings; dan Mapletree group, juga berkaitan dengan Temasek, menawarkan $2.10 sesaham dalam bentuk tunai bagi menswastakan SPH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >