Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keppel, Sembmarine teroka kemungkinan gabung unit luar pesisir dan marin

Jun 24, 2021 | 07:33 PM



KEPPEL Corporation dan syarikat marin Sembcorp Marine (Sembmarine) sedang meneroka kemungkinan menggabungkan Sembmarine dengan unit luar pesisir dan kelautan Keppel O&M.



Perbincangan tanpa ikatan di peringkat permulaan sedang berlangsung dan tiada kepastian bahawa urusniaga ini akan menjadi nyata, jelas kedua-dua syarikat pada Khamis (24 Jun).



Dijangkakan entiti gabungan ini akan menjadi firma tersenarai dengan pemilik saham Sembmarine memegang sahamnya. Keppel juga akan menerima saham dan pertimbangan wang tunai sehingga $500 juta atau wang tunai yang sama nilainya.



Matlamatnya adalah bagi mewujudkan entiti gabungan pada tempoh masa panjang buat Keppel O&M dan Sembmarine serta pemegang taruhan masing-masing, melihat pada perubahan dramatik dalam sektor kelautan, kejuruteraan dan tenaga sejagat, jelas kedua-dua pihak.



Perubahan ini termasuk pengurangan berterusan dalam penjelajahan minyak dan kegiatan pembangunan yang secara penting mengurangkan perniagaan dalam sektor luar pesisir dan kelautan.



Kemerosotan ekonomi yang berpanjangan telah diburukkan lagi oleh kesan Covid-19, kekurangan permintaan dan harga minyak pada 2020 dan peralihan tenaga global, berasingan dari minyak, kata Keppel dan Sembmarine. 



Firma baru ini akan menghasilkan pemain lebih kuat dalam ekonomi bagi memanfaatkan peluang yang bertambah dalam sektor luar pesisir dan kelautan, tenaga boleh dibaharui dan bersih.



Dua pihak ini menambah: "Entiti gabungan ini akan berada dalam kedudukan lebih baik untuk bersaing bagi kontrak lebih besar sambil memburu sinergi yang boleh bangkit dari skala operasi yang ditambah, jejak geografik dan keupayaan yang diperkukuh daripada entiti lebih besar."



Kedua-dua syarikat ini juga menjelaskan syarikat gabungan ini akan menyatukan bakat, kemahiran kejuruteraan, hak harta intelektual dan keupayaan ruang pelengkap yang membolehkan ia bersaing dalam pasaran sasaran.



Keppel O&M dan Sembmarine juga berkata mereka akan mengambil pendekatan konstruktif dan konsultatif ke arah pertimbangan tenaga buruh sewaktu perbincangan, dengan akur akan ada fokus terhadap mengekalkan kekuatan operasi dan terus menarik dan mengekalkan bakat setempat.



Kedua-duanya juga berikrar untuk bekerjasama dengan kesatuan perdagangan dan latihan serta penghasilan pekerjaan dengan nilai tambah lebih tinggi.



Keppel Corp dan Sembmarine kedua-duanya memohon kepada Bursa Singapura agar menghentikan dagangan saham mereka dalam tempoh menanti pengumuman Khamis.



Pada Januari, Keppel berkata ia akan keluar dari bisnes cari gali menyusuli semakan strategik dengan Keppel O&M bertukar kepada tenaga bersih.



Keppel O&M akan menghentikan usaha membina platform menggali luar pesisir selepas harga minyak menjunam menyebabkan ia kerugian $1.19 bilion tahun lalu.



Sembmarine, sementara itu, baru-baru ini berpisah sepenuhnya daripada syarikat induk, Sembcorp Industries.



Firma pelaburan Temasek Holdings, pemegang saham terbesar di Keppel dan Sembmarine menggugurkan rancangannya tahun lalu bagi mengambil taruhan kawalan di Keppel menyusuli keputusan kewangan syarikat itu yang tidak memberangsangkan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >