Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keppel tawar bidaan bagi beli dan swastakan perniagaan bukan media SPH pada harga $3.4b

Aug 02, 2021 | 12:12 PM



KONGLOMERAT Keppel Corp telah menawarkan bidaan sebanyak $2.2 bilion bagi membeli dan menswastakan perniagaan bukan media, Singapore Press Holdings (SPH) Ltd.



Tawaran itu yang bernilai $3.4 bilion secara keseluruhan, termasuk perkongsian SPH sebanyak $1.2 bilion  dalam Reit SPH.



Jika berjaya, perniagaan bukan media SPH akan menjadi anak syarikat Keppel dan  tidak akan lagi disenaraikan dalam Bursa Singapura (SGX).



Pemegang saham SPH akan menerima 66.8 sen dalam bentuk tunai setiap saham serta 0.596 unit Reit Keppel pada 71.5 sen dan 0.782 unit SPH Reit  pada harga 71.6 bagi setiap saham, menurut kenyataan SPH dan Keppel kepada SGX. 



Tawaran itu mewakili 39.9 peratus premium dari harga terakhir saham SPH didagangkan sebelum semakan strategik perniagaan SPH diumumkan 30 Mac lalu di mana perniagaan media SPH Media akan dialihkan menjadi syarikat berhad yang dijamin (CLG).



Ketua pegawai eksekutif (CEO) SPH Ng Yat Chung menyatakan SPH menerima lebih 20 tawaran bagi membeli perniagaan bukan media dan tawaran Keppel adalah yang terbaik bagi para pemegang saham SPH.



"Keputusan hasil proses semakan strategik itu dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Kami mengambil langkah pertama dengan menyusun semula perniagaan media bagi memastikan masa hadapan perniagaan media yang berkekalan dan menghapuskan kerugian dari SPH. Langkah seterusnya ialah proses menyeluruh bagi membuka dan memaksimakan nilai pemegang saham bagi baki syarikat,'' kata Encik Ng, dalam sidang akhbar pada Isnin (2 Ogos).



Pembelian SPH oleh Keppel itu bergantung kepada kejayaan penyusunan semula media SPH. Satu mesyuarat agung khas (EGM) akan diadakan pada akhir bulan ini atau awal September. SPH perlu mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya 50 peratus bagi peralihan SPH ke CLG dalam EGM itu.



Hanya setelah sokongan itu diperolehi, barulah tawaran Keppel itu boleh dilaksanakan. SPH perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 75 peratus dari pemegang saham SPH bagi EGM kedua.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >