MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN
Kerjasama IMDA, bank bagi bangun huraian rangkaian e-invois
Sep 24, 2020 | 05:30 AM
PERNIAGAAN setempat boleh menjangka urus niaga lebih licin dan mudah dalam beberapa bulan mendatang, dengan memanfaatkan satu huraian yang menghubungkan e-invois dengan pembayaran PayNow.
Ini setelah Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) bekerjasama dengan bank DBS, OCBC dan UOB bagi membangunkan huraian dan memanfaatkan rangkaian e-invois InvoiceNow dengan sistem e-pembayaran PayNow. Ia dalam usaha IMDA membantu lebih banyak perniagaan menjalankan pendigitalan, kata IMDA dalam satu kenyataan semalam.