Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EKONOMI & KERJA: MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Kerjasama WSG-BH untuk sokong pekerja

Ruangan 'Cari Kerja masa Pandemik' bakal dilancar, orang ramai diundang kirim pertanyaan berkaitan pekerjaan dan latihan
Sep 23, 2020 | 05:30 AM



BANYAK perkara akan berubah di negara ini pasca-Covid-19.



Perniagaan dan pekerjaan yang kita kenali selama ini mungkin hilang, dan cara bekerja serta mengendalikan perniagaan baru pula akan muncul.



Jika anda berdaya menyesuaikan jangkaan dan berani mencuba sesuatu yang baru meskipun 'kurang selesa', anda telah mengambil langkah pertama untuk meningkatkan dan menukar kemahiran, sekali gus mempersiapkan diri bagi landskap baru itu.



Untuk membantu pekerja Singapura meniti sekitaran kerja dan perniagaan baru itu, agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Berita Harian (BH) akan bekerjasama untuk melancarkan ruangan Cari Kerja masa Pandemik - siri rencana soal jawab mengenai isu berkaitan pekerjaan.



Siri yang akan dimulakan bulan depan dan berlangsung hingga Disember itu mengajak orang ramai mengirimkan soalan kepada BH, dan soalan itu akan dijawab oleh Pembimbing Kerjaya daripada WSG.



Tujuan utamanya ialah menekankan kepada pembaca bahawa keadaan akan berubah ekoran Covid-19, oleh itu pekerja tempatan harus bertekad merubah dan mempertingkat diri sambil berdaya tahan untuk merebut peluang-peluang baru.



Pada masa sama, pekerja juga tidak akan dibiarkan mengharungi perubahan ini sendirian.



Pemerintah akan melakukan sedaya mungkin untuk menyokong pekerja Singapura sepanjang tempoh sukar ini, terutama pekerja matang, dan membantu mereka meningkatkan diri supaya lebih bersedia melakukan perubahan yang diperlukan.



"Perjalanan ke arah pemulihan mungkin lebih lama daripada yang dijangka. Pemerintah akan terus memantau pasaran pekerjaan dengan teliti dan akan menyediakan langkah-langkah menyokong pekerja etempatan dan perniagaan.



"Semua pihak akan menerima sokongan.



"Pemerintah mempunyai pelbagai program sokongan bagi setiap individu yang mencari pekerjaan, baik anda seorang lulusan baru mahupun dalam pertengahan kerjaya atau kini mempunyai pekerjaan tetapi berminat meningkatkan kemahiran untuk maju dalam kerjaya anda," kata WSG semasa mengulas mengenai kerjasama itu.



Menerusi kerjasama itu, pembaca boleh mengirimkan pertanyaan menerusi e-mel ke bhnews@sph.com.sg dengan Subjek: Cari Kerja masa Pandemik atau kirimkan pertanyaan anda menerusi Whatsapp ke nombor telefon 8102-2745.



Orang ramai juga boleh menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program WSG.



Ruangan Cari Kerja masa Pandemik ini akan disiarkan di Berita Harian pada Rabu, pada 7 dan 21 Oktober; 4 dan 18 November, serta 2 dan 16 Disember.



Sementara itu, untuk maklumat lanjut, sila lungsuri http://www.wsg.gov.sg/SGUnited.html.




"Perjalanan ke arah pemulihan mungkin lebih lama dari yang dijangka. Pemerintah akan terus memantau pasaran pekerjaan dengan teliti dan melakukan perubahan bagi menyediakan langkah-langkah menyokong pekerja setempat dan perniagaan kita. Semua pihak akan menerima sokongan. Pemerintah mempunyai pelbagai program sokongan pekerjaan bagi setiap individu yang mencari pekerjaan, baik anda seorang lulusan baru mahupun pertengahan kerjaya atau kini mempunyai pekerjaan tetapi berminat meningkatkan kemahiran untuk maju dalam kerjaya anda."
- Tenaga Kerja Singapura (WSG).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >