Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kos sara hidup, sokongan kerja dijangka antara tumpuan Belanjawan: Pakar ekonomi

ATIYYAH MOHD SAID

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



ISU kos sara hidup yang meningkat ekoran inflasi tinggi serta kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di samping sokongan pekerjaan untuk rakyat dijangka menjadi antara tumpuan dalam Belanjawan 2022, kata para pakar ekonomi.



Pada masa yang sama, Belanjawan kali ini dijangka memberi perhatian kepada keutamaan ekonomi bagi jangka panjang, khususnya pelaburan dalam teknologi.



Memberi pandangannya, Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat, berkata:



"Inflasi akan menjadi cabaran dan risiko besar pada 2022, dengan harga makanan dan tenaga melambung, kos penginapan meningkat dan kos pendapatan lebih tinggi.



"Ini juga ditambahkan lagi dengan pasaran pekerja lebih ketat, pengenalan gaji minimum kelayakan dan peluasan Model Gaji Progresif (PWM) kepada sektor runcit. Di samping itu, kenaikan GST sebanyak 2 peratus turut dijangkakan."



Justeru, beliau meramalkan lebihan Belanjawan yang kecil atau seimbang pada tahun kewangan ini.



"Ini adalah tahun kedua bagi penggal pilihan raya baru dan kami menjangkakan pemerintah akan mengembalikan semula dan menormalkan kewangannya," ujar Encik Saktiandi.



Disebabkan ini, pengamat berpendapat sokongan untuk rakyat perlu terus dihulurkan untuk menangani kos sara hidup lebih tinggi serta membantu mereka merebut peluang daripada pemulihan ekonomi.



Menjelaskan, pakar ekonomi Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Walter Theseira, berkata adalah penting untuk membantu rakyat mengharungi tempoh ketidakstabilan ekonomi global berikutan kesan krisis Covid-19 dan penarikan bertahap langkah sokongan ekonomi secara global.



"Adalah penting untuk menolong warga memanfaatkan pemulihan ekonomi khususnya dengan membantu mereka mengambil peluang beralih daripada pekerjaan berkemahiran rendah atau kurang dipilih yang dipegang semasa pandemik, khususnya pekerjaan bagi pengurusan selamat Covid-19, kepada bidang pertumbuhan ekonomi.



"Kadar inflasi tinggi dan ketidakstabilan ekonomi dialami sejak beberapa bulan lalu mungkin berpanjangan lagi, khususnya jika ada krisis kewangan atau pasaran berlaku secara global," ujarnya.



Dalam hal ini, langkah seperti sokongan penggangguran dan pakej mengimbangi kos hidup bagi pesara dan pekerja bergaji rendah adalah penting.



"Saya harap melihat lebih banyak langkah untuk menyesuaikan sokongan pendapatan yang mengambil kira inflasi secara automatik," tambah Dr Theseira.



Sokongan terhadap sektor khusus turut menjadi keprihatinan pengamat dalam Belanjawan.



Pakar ekonomi DBS, Encik Irvin Seah, berkata realitinya dari segi Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) nyata, beberapa sektor teruk terjejas masih belum pulih kepada kadar pra-Covid.



Namun apa yang menjejas sektor ini adalah pembukaan semula sempadan, justeru pelonggaran langkah berkaitan sempadan akan mendorong kedatangan pelawat dan menghuraikan masalah tenaga kerja dalam sektor ini.



"Jangkaannya ialah pembukaan semula sempadan akan dijalankan beransur-ansur dimudahkan lagi dengan kadar vaksinasi meningkat.



"Maka langkah sokongan luas mungkin akan luput manakala baki bantuan untuk sektor terjejas dijangka lebih khusus pada masa depan," ujarnya.



Encik Seah turut menjangkakan inisiatif berkaitan pendapatan dan pekerjaan akan diperhalusi.



Misalnya, Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) tidak mungkin dilanjutkan. Sebaliknya tumpuan diberikan untuk menggalak pengambilan pekerja dan meleraikan pemadanan salah dalam pasaran buruh.



"Kami jangkakan dasar seperti Inisiatif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) yang memberi insentif bagi penggajian penduduk tempatan dan Program Penukaran Kerjaya (CCP), yang membantu pekerja beralih ke industri baru, akan dipertingkatkan lagi dalam Belanjawan mendatang," jelas Encik Seah.



Sentimen serupa dikongsi Dr Theseira, yang berpandangan sokongan jangka pendek masih penting dengan tumpuan diberikan kepada sektor dan pekerja paling terjejas teruk - terutama pekerja barisan hadapan atau pekerja bergaji rendah yang tidak boleh bekerja dari rumah.



Dalam pada itu, pakar ekonomi menjangkakan pemerintah akan memberi tumpuan semula kepada keutamaan jangka panjang memandangkan ekonomi negara sedang keluar dari pandemik secara beransur.



Encik Seah meramalkan fiskal akan disalurkan semula kepada transformasi ekonomi dan memperkukuhkan daya saing Singapura dalam sekitaran pasca-Covid.



"Langkah dasar akan bertujuan merancakkan pelaburan dalam huraian digital, teknologi seperti kecerdasan buatan, automasi dan robotik, penyerantauan dan teknologi hijau.



"Usaha ini bukan hanya membolehkan syarikat kekal kompetitif dan merebut peluang baru, tetapi juga membantu mereka terhadap cabaran berpotensi penduduk semakin menua, perubahan iklim mahupun pandemik seterusnya." 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >