SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ladang suria bersiap menjana Singapura

Premium

Ladang suria bersiap menjana Singapura

Jun 15, 2021 | 5:30 AM

Ladang suria bersiap menjana Singapura

3ca8ce1a-7e30-4641-ab04-d8ad017dc8d5
-

Terbentang seluas 45 hektar dalam bentuk 10 'pulau panel suria', ladang suria Kolam Air Tengeh, dekat Tuas, adalah sistem fotovoltan suria (PV) terapung terbesar Singapura dan antara yang terbesar di dunia. Ia bakal beroperasi dalam beberapa bulan lagi dan mampu menjana bekalan tenaga bagi loji-loji agensi air PUB yang merawat takungan kolam air menjadi air minuman. Ladang suria yang mampu menjana 60 megawat-tertinggi (MWp) ini hampir meliputi sepertiga permukaan Kolam Air Tengeh dan dibina dalam tempoh enam bulan oleh Sembcorp. Ia dijangka siap mengikut jadual meskipun terdapat kelewatan dalam penghantaran perlatan utama akibat pandemiki Covid-19. Singapura merancang meningkatkan kemampuan membekal tenaga surianya sebanyak empat kali ganda kepada 1.5 gigawatt-tertinggi (GWp) menjelang 2025 dengan panel-panel solar bakal dipasang baik di kawasan lapang dan bumbung yang terbiar mahupun permukaan air. Langkah ini bakal menjana bekalan tenaga bagi kira-kira 260,000 isi rumah setahun, sekali gus memenuhi sekitar 2 peratus jumlah keperluan bekalan elektrik Singapura. Berita Harian cuba menjelaskan ciri-ciri ladang suria ini.

Infografik:

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg