MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN
Lebih 12,000 peluang kerja ICT ditawar
Sektor teknologi infokom punyai kadar penempatan tertinggi di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited: Josephine Teo
Nov 25, 2020 | 05:30 AM
SEHINGGA awal November, terdapat lebih 12,000 peluang pekerjaan dalam bidang teknologi infokom (ICT) ditawarkan, dengan 95 peratus dalam peranan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).
Ini termasuk jawatan seperti penghasil aplikasi, sofwe dan jurutera rangkaian, menurut laporan keadaan pekerjaan ke-14 Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.