Lebih 270,000 warga S'pura, PR dapat kerja bawah Program Insentif Pertumbuhan Pekerjaan, Berita Ekonomi & Kerja - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja0

MENANGANI KRISIS & KEMELESETAN

Lebih 270,000 warga S'pura, PR dapat kerja bawah Program Insentif Pertumbuhan Pekerjaan

Jul 15, 2021 | 05:30 AM

LEBIH 270,000 warga Singapura dan penduduk tetap berjaya mendapat pekerjaan di sekitar 42,000 perniagaan dan syarikat sehingga Februari tahun ini di bawah skim pemerintah yang bertujuan menambah tenaga kerja setempat.

Sejak November tahun lalu, sebanyak 140,000 warga setempat berjaya mendapatkan pekerjaan di bawah Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) yang diperkenal Ogos tahun lalu.

Daripada jumlah keseluruhan 270,000 itu, separuh tidak mempunyai pekerjaan dan sepertiga tidak bekerja selama lebih enam bulan.

Sementara itu, sekitar 99 peratus perniagaan yang telah membuka peluang pekerjaan baru di bawah skim JGI merupakan perusahaan kecil dan sederhana, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Separuh daripada jumlah perniagaan tersebut telah menggajikan satu atau dua orang pekerja warga setempat manakala perniagaan lain telah mengambil lebih daripada dua pekerja setempat.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Membentangkan perkembangan tersebut kepada pihak media melalui satu sidang dalam talian selepas kunjungannya ke The Social Kitchen di Taman Burung Jurong semalam, Dr Tan berkata angka tersebut "amat meyakinkan, menenangkan dan menjanjikan yang lebih baik".

The Social Kitchen merupakan salah satu perusahaan sosial yang menggajikan individu kurang upaya serta pekerja warga emas dan telah menerima bantuan daripada skim JGI.

Skim JGI yang akan dilanjutkan hingga September tahun ini bertujuan mendorong syarikat untuk mengambil lebih ramai pekerja setempat, dan $1 bilion telah diperuntukkan bagi memberikan sokongan gaji untuk pekerja ini.

Syarikat yang mengambil warga setempat bekerja boleh menerima subsidi 25 peratus untuk $5,000 pertama pendapatan mereka sehingga setahun.

Mulai Mac tahun ini, mereka yang mengambil pekerja berusia 40 tahun ke atas, mereka yang kurang upaya atau bekas pesalah boleh menerima bayaran bersama sehingga 50 peratus daripada $6,000 pertama pendapatan bulanan sehingga 18 bulan.

Menurut Dr Tan, banyak pekerjaan baru telah diwujudkan dalam sektor membangun seperti perdagangan borong, khidmat profesional, serta perhubungan dan penerangan.

Majikan dalam sektor khidmat makanan dan runcit membentuk 20 peratus pekerja baru, dan menyokong sektor-sektor tersebut dalam usaha mereka untuk bangkit semula daripada kesan Covid-19, Dr Tan.

"Majikan yang layak menerima JGI berjaya memanfaatkan pilihan yang lebih luas daripada golongan yang sedang mencari kerja, termasuk mereka yang tidak bekerja sebelum ini serta pekerja matang yang mungkin memerlukan peningkatan kemahiran untuk membantu mereka mengubah laluan kerjaya. Ini amat mengagumkan," tambahnya.

Dr Tan menggesa majikan untuk memanfaatkan sokongan pemerintah bagi membantu pekerja mereka meningkatkan kemahiran dan merebut peranan yang diubah, seperti melalui program penukaran atau geran huraian produktiviti.

Menurutnya, dengan persekitaran pekerjaan yang terus berubah, memang sukar untuk mencari "pekerja sempurna" untuk dipadankan dengan pekerjaan yang ditawarkan.

"Namun pada pendapat saya, jika kita buka minda, kita boleh mencari ramai pekerja yang sesuai dan boleh melatih mereka.

"Untuk itu saya percaya ini cara perniagaan dan pekerja kita boleh sama-sama berkembang dan bangkit lebih kukuh bersama," katanya.


"Majikan yang layak menerima JGI berjaya memanfaatkan pilihan yang lebih luas daripada golongan yang sedang mencari kerja, termasuk mereka yang tidak bekerja sebelum ini serta pekerja matang yang mungkin memerlukan peningkatan kemahiran untuk membantu mereka mengubah laluan kerjaya. Ini amat mengagumkan...pada pendapat saya, jika kita buka minda, kita boleh mencari ramai pekerja yang sesuai dan boleh melatih mereka.
Untuk itu saya percaya ini cara perniagaan dan pekerja kita boleh sama-sama berkembang dan bangkit lebih kukuh bersama."

- Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map