Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Mahu rebut potensi sektor teknologi solar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Mahu rebut potensi sektor teknologi solar

Feb 06, 2022 | 06:58 AM

Singapura berjaya menarik pelaburan aset ditetapkan bernilai $11.8 bilion pada tahun lalu, dipacu oleh projek perkilangan besar dari syarikat semikonduktor dan teknologi biologi, meskipun negara ini masih menghadapi cabaran di tengah-tengah pandemik Covid-19. Projek tersebut akan mewujudkan 17,376 pekerjaan baru dalam lima tahun mendatang, dengan sumbangan $16.8 bilion dalam nilai tambah setahun diramalkan, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) minggu lalu. Syarikat yang melabur di sini telah mewujudkan banyak pekerjaan baik bagi warga Singapura. BERITA MINGGU (BM) menemu ramah dua karyawan yang bekerja di syarikat itu.

BAGI kebanyakan orang, industri tenaga solar masih merupakan satu bidang yang membangun di Singapura dan tidak mungkin menjadi pilihan kerjaya utama.

Namun berlainan pula pandangan Encik Noor Amin Noor Azman (gambar), yang peka dan teruja dengan potensi yang besar dalam sektor tenaga bersih.

Ini sehinggakan Encik Noor Amin, 31 tahun, terdorong beralih bidang daripada pengangkutan dan menyertai industri tenaga bersih pada Julai tahun lalu.

Kini, beliau memegang jawatan sebagai pakar teknologi solar di syarikat Sunseap dan memantau sekitar 60 pekerja.

Sebagai pakar teknologi solar, beliau berperanan dalam memasang dan menguji sistem fotovoltan solar dan menafsir data serta menyelenggara kemudahan.

Menjelaskan lebih lanjut, Encik Noor Amin yang berkelulusan Diploma dalam Kejuruteraan Elektrikal (Transit Laju) dari Politeknik Singapura, berkata sebelum beralih ke industri, beliau sedar yang Singapura sedang berusaha menjadi lebih mesra alam dan mengenal pasti tenaga solar akan menjadi semakin penting.

"Selepas memasuki sektor ini, banyak yang saya pelajari daripada pertemuan dan perbincangan dan faham tentang keadaan industri.

"Banyak yang perlu kita capai sebagai sebahagian daripada sektor tenaga bersih dan memerlukan lebih ramai menyertai industri agar lebih banyak yang boleh kita lakukan," ujarnya yang memulakan kerjaya dalam industri perkapalan dan pengangkutan.

Apabila ditanya mengapa beliau memutuskan untuk menukar bidang, Encik Noor Amin berkata tarikan industri tenaga bersih terlalu kuat untuk tidak diendahkan.

"Seluruh dunia sedang melihat ke arah kemampanan.

"Saya dapat melihat potensi dalam sektor tenaga bersih dan Singapura sudah bersedia berkembang dalam bidang ini.

"Saya juga tertarik dengan kemahiran dan pengetahuan yang boleh saya timba sebagai pakar teknologi solar dengan laluan kemajuan kerjaya yang ditawarkan," kongsi bapa empat anak itu.

Menurut Encik Noor Amin, sebagai seorang yang tiada pengalaman dalam bidang itu, banyak yang perlu dipelajari.

"Saya perlu menimba kemahiran semula kerana banyak yang perlu dipelajari dalam lima fasa peranan asas pakar teknologi. Misalnya, kami perlu belajar bagaimana menyiapkan tapak untuk pemasangan sistem, menimba kemahiran dalam pemasaran mekanikal dan prasarana serta kerja pemasangan elektrikal... kami dihantar untuk latihan kecekapan sektor di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Bagaimanapun kemahiran baru yang paling banyak harus ditimba Encik Noor Amin ialah perihal dengan kepimpinan.

Disebabkan bakatnya yang menyerlah, beliau diberikan kepercayaan dan tanggungjawab menguruskan 60 pekerja.

"Semangat berpasukan di sini amat baik dan saya diberi peluang berkembang dalam peranan saya. Sejak menyertai syarikat ini, saya telah diberi kepercayaan daripada tidak menguruskan sesiapa kepada pasukan kecil 12 orang kepada empat pasukan pakar teknologi solar iaitu 60 orang," tambahnya.

Berdasarkan pengalamannya sejauh ini, Encik Noor Amin yakin yang industri itu akan terus cerah dan masyarakat boleh merebut peluang daripadanya.

"Memandangkan sektor tenaga bersih berkembang pesat, kami mempunyai peluang untuk mencipta masa depan yang kita mahu... Jika anda berharap untuk meninggalkan kesan dalam sektor alam, industri tenaga menawarkan skop yang luas untuk pertumbuhan dan pembangunan peribadi," nasihat beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3