Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Mahu tumpu perhatian pada pelanggan datang ke gerai saja

Jun 09, 2021 | 05:30 AM



KELETIHAN daripada raut wajahnya jelas kelihatan, namun beliau tetap menyediakan pesanan makanan setiap pelanggan yang datang.



Hampir setiap hari, dari pagi hingga ke malam, Cik Asnawiah Asmuni, 68 tahun, akan mengendalikan gerai makanannya tanpa mengenal erti penat atau jemu.



Meski kadangkala terasa sakit, beliau masih menggagahkan diri menjalankan perniagaannya itu.




(Penjaja di Geylang harap bernafas semula. - Video: HARITH MUSTAFFA)



Bagi Cik Asnawiah, perniagaan tersebut telah menjadi sebahagian daripada dirinya yang sukar untuk dilepaskan.



"Selagi termampu, cik akan tetap membuka kedai," kata pemilik gerai HJ Ahmad Fodali & HJH Asnawiah Asmuni, yang terletak di pusat penjaja Haig Road.



"Lagipun, cik ada seorang pekerja dan dua anak saya juga akan turun membantu di gerai ini selepas mereka habis kerja."



Setelah lebih 40 tahun menguruskan perniagaan di pusat penjaja, pelbagai onak dan duri telah Cik Asnawiah lalui.



Namun pandemik Covid-19 mendatangkan cabaran tersendiri.



Perniagaan yang dimulakan bersama arwah suami, teruk terjejas dek langkah-langkah keselamatan yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan.



Beberapa perubahan perlu dibuat, seperti mengurangkan stok bahan masakan agar dapat menampung kos-kos lain.



Tempoh pemutus litar (CB) tahun lalu dan kini sekatan lebih ketat yang dikuat kuasa di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) telah menyukarkan lagi kehidupan penjaja di seluruh negara.



"Memang sepanjang tempoh ini perniagaan kami tidak mampu meraih pendapatan yang banyak.



"Tak ramai pelanggan yang datang, tak seperti sebelum ini apabila pelanggan boleh pesan makanan dan makan di sini.



"Ia ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.



"Tetapi cik selalu berpesan pada diri sendiri, rezeki kita Tuhan sudah tentukan, jadi kita hanya perlu berusaha," ujar nenek 11 cucu itu.



Walaupun dengan keadaan yang tidak menentu kini, Cik Asnawiah tetap menunjukkan ketabahan dan semangat untuk meneruskan perniagaannya itu seperti biasa.



Dengan faktor usia dan keadaan kesihatan, beliau juga tidak mahu membebankan diri dengan teknologi seperti menggunakan wadah penghantaran makanan lain seperti Grabfood dan foodpanda, meskipun kian ramai perniagaan yang memanfaatkannya, lebih-lebih lagi sepanjang tempoh yang sukar ini.



"Cik hanya risau nanti cik tidak dapat mengambil semua pesanan makan dalam talian dengan keadaan kesihatan sekarang.



"Penglihatan cik pun kurang jelas, jadi sukar untuk tengok pesanan dari alat yang diberi atau telefon bimbit.



"Jadi cik fikir lebih baik tumpukan perhatian kepada pelanggan yang datang ke gerai sahaja," jelas Cik Asnawiah.



Meskipun begitu, beliau tetap berharap tempoh Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) ini tidak dilanjutkan dari tarikh 13 Jun yang ditetapkan dan keadaan dapat kembali seperti sebelum ini.



"Itulah harapan masyarakat peniaga di sini. Selepas tempoh pemutus litar yang lalu, kami dapat meneruskan perniagaan seperti biasa, jadi tidak mustahil kita dapat lakukannya sekali lagi," ujar beliau.




"Cik hanya risau nanti cik tidak dapat mengambil semua pesanan makan dalam talian dengan keadaan kesihatan sekarang.

Penglihatan cik pun kurang jelas, jadi sukar untuk tengok pesanan dari alat yang diberi atau telefon bimbit.

Jadi cik fikir lebih baik tumpukan perhatian kepada pelanggan yang datang ke gerai sahaja."

- Cik Asnawiah Asmuni, pemilik gerai HJ Ahmad Fodali & HJH Asnawiah Asmuni, di pusat penjaja Haig Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >