PARA majikan seharusnya menyokong pekerja dalam memenuhi kededua aspirasi pekerjaan dan peribadi agar dapat mengekalkan dan menarik bakat dengan lebih baik, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.
Sebagai contoh, terdapat sekitar 260,000 wanita yang tidak bertugas kerana mereka memilih berada di rumah untuk memenuhi tanggung jawab menjaga keluarga, mendidik dan membesarkan orang tersayang.