Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

MAS bimbang dengan kaedah 'beli sekarang, bayar kemudian'

Pertimbang buat penilaian jika pengawalan diperlukan kerana pembelian popular dalam kalangan anak muda
Oct 24, 2021 | 05:30 AM



JIKA melungsur kedai-kedai dalam talian yang menjual kosmetik atau pakaian yang popular dalam kalangan anak-anak muda, mereka mungkin akan melihat kaedah pembayaran 'beli sekarang, bayar kemudian' atau Buy Now, Pay Later (BNPL).



Yang membimbangkan, anak-anak semuda 18 tahun yang masih belum mempunyai pendapatan sendiri boleh membeli produk dalam talian dengan berhutang tanpa pemeriksaan.



Trend pembelian khidmat BNPL ini semakin popular dengan wujudnya banyak firma teknologi kewangan (fintech) dalam pasaran yang menawarkan khidmat pembayaran inovatif bagi menarik pelanggan.



Antara syarikat itu ialah Atome, Grab PayLater dan Hoolah yang membolehkan pelanggan misalnya, membeli barang dan membayar tiga atau empat bayaran ansuran.



Perkembangan ini membimbangkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang sedang membuat penilaian jika pengawalan diperlukan bagi khidmat tersebut.



MAS berkata faedah dan risiko penggunaan BNPL ini semakin ketara sejak kebelakangan ini.



"Kami sedang menyemak pendekatan pengawalan bagi skim-skim ini dan mendekati wakil-wakil industri bagi mendapatkan maklumat mengenai perniagaan BNPL dan perkembangannya,'' kata MAS.



Semakan itu akan menilai faedah model pembayaran baru tersebut kepada pengguna dan pembayaran dan pada masa sama meneliti bagaimana langkah diambil bagi mengekang hutang daripada berleluasa.



Trend itu dibimbangi akan memupuk sikap berhutang yang tidak patut digalakkan dalam kalangan anak muda.



Ini akan menarik mereka untuk membeli barangan yang tidak dimampui oleh mereka sekiranya mereka perlu membayar secara pukal.



"Khidmat ini tentunya akan menarik minat generasi muda. Mereka tidak perlu memberitahu ibu bapa mereka. Kalau mereka tidak fikir secara rasional, duit saku sekolah mungkin digunakan bagi membeli barangan yang mereka inginkan,'' kata Cik Siti Masturah, pengurus bersekutu Visionary Voice Associates (VIV Associates) yang membantu individu yang ingin keluar daripada hutang.



TIDAK ADA SYARAT MINIMUM



BNPL tidak dikawal seperti MAS mengawal penggunaan kad kredit.



Kebanyakan penyedia BNPL hanya menetapkan minimum usia 18 tahun dan membenarkan mereka membuat pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit.



Lantas, pelajar berusia 18 tahun di politeknik yang mempunyai kad debit yang biasa diberikan ibu bapa mereka bagi mengeluarkan duit, boleh menggunakan khidmat BNPL.



Ini amat membimbangkan kerana golongan muda ini yang tidak memenuhi syarat pendapatan kad kredit, kini boleh berbelanja menggunakan khidmat BNPL.



Sebaliknya, MAS mengenakan syarat bagi seseorang yang menggunakan kad kredit.



Hutang kad kredit misalnya, dihadkan sebanyak dua bulan gaji bagi individu yang meraih gaji tahunan sebanyak $30,000.



Firma-firma khidmat BNPL ini juga mengenakan bayaran minimum yang rendah. Misalnya, Atome mengenakan bayaran minimum sebanyak $10.



Kebanyakan penyedia BNPL ini membolehkan pembeli membuat bayaran dalam tempoh tiga atau empat bulan.



Ini berbanding kad kredit yang menawarkan pilihan pembayaran dari tiga hingga 24 bulan.



DENDA LEWAT BAYAR



Seperti kad kredit, khidmat BNPL ini mengenakan denda jika terlewat membuat bayaran.



Misalnya, Hoolah mengenakan denda $5 hingga $30 bergantung pada nilai harga.



Walaupun nilainya rendah berbanding denda kad kredit, ia bukan sikap yang ingin dipupuk dalam kalangan anak muda.



Bagi menarik pelanggan, khidmat BNPL ini menawarkan ganjaran dan tawaran menarik seperti tawaran harga jika menggunakan khidmat mereka.



Ini menjadikan khidmat pembayaran itu menarik kepada pengguna.



ANAK MUDA DAN HUTANG



Pengurusan kewangan yang baik harus dipupuk daripada muda agar sikap yang buruk tidak berlarutan apabila mereka meningkat dewasa dan bekerja.



Baru-baru ini, Biro Kredit Singapura (CBS) menyatakan jumlah hutang peminjam berusia 20-an tahun meningkat 19 peratus pada suku kedua tahun ini, berbanding suku pertama, dengan hutang peribadi semakin meningkat.



Cik Siti menyatakan 35 peratus pelanggan merupakan mereka berusia di bawah 30 tahun.



Contohnya, seorang lelaki bujang, 27 tahun, yang tidak bekerja selama tujuh hingga lapan bulan.



Beliau menjadi penghantar makanan kerana tidak mendapat kerja tetap.



Akibatnya, beliau menggunakan kad kredit bagi menampung perbelanjaannya yang mencapai $22,000.



Seorang lagi ibu tunggal berusia 26 tahun, yang mempunyai dua anak, dan bekerja di restoran.



Oleh sebab Covid-19, beliau kadangkala tidak mempunyai kerja lantas mendorongnya mendapatkan pinjaman daripada peminjam berlesan.



Tetapi, beliau tidak dapat menampung pembayaran hutangnya sehingga menyebabkan beliau mempunyai hutang sebanyak $15,000.




"Kami sedang menyemak pendekatan pengawalan bagi skim-skim ini dan mendekati wakil-wakil industri bagi mendapatkan maklumat mengenai perniagaan BNPL dan perkembangannya.''
- Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



"Khidmat ini tentunya akan menarik minat generasi muda. Mereka tidak perlu memberitahu ibu bapa mereka. Kalau mereka tidak fikir secara rasional, duit saku sekolah mungkin digunakan bagi membeli barangan yang mereka inginkan.''
- Cik Siti Masturah, pengurus bersekutu Visionary Voice Associates (VIV Associates).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >