
PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar kewangan pada Isnin (30 Mac) sedang penularan Covid-19 bakal menyebabkan kemelesetan.
Dalam langkah dijangkakan para pengamat, bank pusat itu meletakkan kadar peningkatan dolar Singapura pada sifar peratus.
Langkah itu sekali gus menurunkan titik pertengahan jalur dasar kewangan. Kali terakhir bank pusat menurunkannya ialah semasa krisis kewangan sejagat pada 2009.
MAS telah mengambil langkah awal mengeluarkan dasar kewangan itu walaupun ia sepatutnya dilakukan pertengahan bulan April.
"Dengan kemerosotan keadaan makroekonomi dan jangkaan prospek lebih lemah, dasar kewangan diturunkan ke tahap di bawah titik pertengahan dalam jalur dasar itu,'' ujar kenyataan MAS.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg