Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS tegur CEO firma broker yang dibatal pendaftaran kerana langgar Akta Insurans

Sep 11, 2024 | 5:47 PM
MAS membatalkan pendaftaran syarikat broker insurans Acesynergy Brokers pada 24 Julai dan melarangnya daripada menjalankan perniagaan pembrokeran insurans di Singapura mulai tarikh yang sama.
MAS membatalkan pendaftaran syarikat broker insurans Acesynergy Brokers pada 24 Julai dan melarangnya daripada menjalankan perniagaan pembrokeran insurans di Singapura mulai tarikh yang sama. - Foto ST

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 10 September berkata ia telah menegur ketua eksekutif syarikat broker insurans Acesynergy Brokers (ABPL) yang dahulunya berdaftar, Encik Tan Chuan Lam, kerana melanggar Akta Insurans.

MAS membatalkan pendaftaran syarikat itu pada 24 Julai, melarangnya daripada menjalankan perniagaan pembrokeran insurans di Singapura mulai tarikh yang sama.

Ini berikutan kegagalan kumpulan itu mematuhi keperluan kawal selia, syarat pendaftaran dan arahan bertulis MAS, lapor The Business Times.

ABPL telah gagal mengemukakan penyata kawal selia tahunannya tepat pada masanya, mengatur pengauditan penyata tersebut dan melantik bilangan minimum kakitangan broker yang diperlukan, kata MAS.

Encik Tan, sebagai ketua pegawai eksekutif dan pengarah ABPL, bertanggungjawab memastikan firma itu mematuhi keperluan tersebut, kata MAS.

Ia menambah bahawa “kelemahan yang ketara” dalam pengawasan pengurusan syarikat itu serta proses perakaunan dan pematuhannya telah membawa kepada pelanggaran tersebut.

Bank pusat itu berkata walaupun ia telah cuba berulang kali melibatkan Encik Tan, ABPL tidak mematuhi arahan bertulisnya supaya memulihkan pelanggaran yang ditemui ketika satu pemeriksaan oleh MAS.

ABPL juga tidak melantik orang luar bebas untuk menyemak langkah pemulihannya.

“MAS mendapati Encik Tan menyedari pelanggaran ABPL itu.

“Walaupun MAS berulang kali cuba melibatkannya, beliau gagal mengambil langkah yang mencukupi untuk menghalang ABPL daripada melakukan pelanggaran tersebut,” katanya.

MAS menambah bahawa ia memandang serius kesilapan-kesilapan Encik Tan itu dan menggesa ketua-ketua eksekutif dan pengarah supaya menjalankan kewajipan dan fungsi mereka dengan berkesan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg