Topik diikuti
Pergi ke BHkuMediaCorp hentikan 33 kakitangan
Penyusunan semula syarikat turut jejas 50 pekerja yang dipindah tugas ke bidang lain

Apr 10, 2015 | 5:30 AM
MediaCorp hentikan 33 kakitangan
SERAMAI 33 kakitangan kumpulan media, MediaCorp, dibuang kerja menyusuli penyusunan semula syarikat itu ekoran perubahan pesat dalam sekitaran media, dan sekitar 50 pula dipindah tugas ke bidang-bidang pertumbuhan lain.
Dalam memo dalaman yang diberi kepada kakitangan MediaCorp semalam, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Encik Shaun Seow, berkata syarikat itu telah menyemak setiap unit dalam kumpulan tersebut dan memutuskan memindahkan sekitar 50 pekerja dalam bidang-bidang pertumbuhan lain.