Topik diikuti
Pergi ke BHkuModal tak seberapa, tapi berani ambil risiko di Batam
Syarikat dapat berkembang pesat sejajar pertumbuhan di pulau Indonesia dengan pelaburan dibuat 30 tahun lalu
Apr 11, 2015 | 5:30 AM
Modal tak seberapa, tapi berani ambil risiko di Batam
DENGAN wang simpanan yang tidak seberapa 30 tahun lalu, Haji Taha Ahmad mengambil risiko membuka sebuah syarikat di Batam kerana sedar perniagaannya sukar bertakat dengan rakan niaganya di sana sering menaikkan harga.
Kini, firma pengangkutan yang beliau tubuhkan, PT Duta Sinarwangi - yang menggajikan 70 pekerja di gudangnya serta memiliki 12 lori dan tiga kapal kargo - masih terus bertahan di Batam.