Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MTI: Ekon susut 5.8% suku ketiga, ramalan GDP -6.5 hingga -6% tahun ini

Nov 23, 2020 | 09:00 AM



EKONOMI Singapura menguncup 5.8 peratus pada suku ketiga berbanding setahun lalu, lebih baik dari penguncupan 13.3 peratus pada suku sebelumnya semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan.



Demikian menurut Perangkaan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dikeluarkan pada Isnin (23 Nov).



Ia mendorong pemerintah menyemak ramalan ekonomi tahun ini untuk menguncup 6.5 dengan 6 peratus, dari penguncupan 5 dengan 7 peratus sebelum ini.



Tahun depan, ekonomi dijangka pulih dengan pertumbuhan 4-6 peratus.



Pada suku ketiga tahun ini, ekonomi menguncup 5.8 peratus berbanding setahun lalu, membaiki ramalan awal MTI yang sebelum ini meramalkan ia susut 7 peratus.



MTI berkata pembukaan ekonomi secara bertahap yang dimulakan Jun lalu telah menyumbang kepada prestasi lebih baik itu.



Sektor perkilangan menunjukkan prestasi menggalakkan apabila ia tumbuh 10 peratus pada suku ketiga, mengubah kemerosotan 0.8 peratus pada suku kedua.



Pemintaan luaran yang lemah dan sekatan antara sempadan akan terus menjejas sektor khidmat berkaitan dagangan seperti dagangan borong, penerbangan dan pelancongan.



Walaupun sektor pengguna seperti runcit dan khidmat makanan telah pulih, penjualan masih di bawah paras tahun lalu disebabkan sentimen pengguna yang lemah dan sekatan keupayaan disebabkan langkah jarak selamat. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >