Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

Nak beli kereta? Bukan saja COE, harga petrol naik, kadar faedah pinjaman pun lebih tinggi

May 22, 2022 | 05:30 AM



PEMBELI kereta baru kini perlu membayar pinjaman kereta pada kadar lebih tinggi.



Bagi pinjaman yang diambil dari dealer kereta, kadar faedah yang dikenakan adalah sekitar 2.28 peratus - kali pertama ia melepasi 2 peratus sejak dua tahun lalu.



Ia berbanding sekitar 1.99 peratus yang ditawarkan akhir bulan lalu.



"Kenaikan dari 1.88 peratus kepada 2.28 peratus tentu sahaja menjejas keputusan pembeli kereta kerana ia merupakan tambahan kos di samping harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) dan harga petrol lebih tinggi,'' kata pengasas syarikat kereta Gynacarlogist, Encik Farehan Hussein.



Beliau menambah terdapat beberapa institusi kewangan yang menawarkan kadar 1.85 peratus tetapi menjangkakan mereka juga akan meningkatkan kadar tersebut.



Kenaikan kadar faedah itu juga disebabkan langkah Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat meningkatkan kadar faedah sebanyak separuh peratusan mata, yang merupakan kenaikan terbesar sejak tahun 2000.



Para dealer kereta dan broker pinjaman menyatakan bank dan syarikat kewangan telah menyesuaikan kadar pinjaman sebanyak dua hingga tiga pusingan sejak enam bulan lalu.



Berbanding pembelian hartanah di mana pembeli rumah bebas memilih pakej pinjaman dari bank yang berbeza, kebanyakan dealer kereta di sini meletakkan harga kereta berserta pakej pinjaman kereta.



Sebuah broker pinjaman kereta, Accord Motoring, yang mewakili beberapa bank dan institusi kewangan ketika ini menawarkan pinjaman dengan kadar antara 2.08 hingga 2.5 peratus, naik dari 1.85 peratus.



Kadar pinjaman bagi kereta baru dari Hong Leong Finance diletakkan pada harga 2.48 peratus.



Kah Motors, yang mewakili kereta Honda, menawarkan pinjaman sebanyak 1.88 peratus.



BMW Financial Services meningkatkan kadar dari 1.95 peratus ke 2.18 peratus pada 7 Mei selepas tender COE ditutup pada 6 Mei lalu. BMW Financial Services merupakan usaha sama antara BMW Asia dengan DBS Bank.



"Pelanggan perlu berunding dengan dealer kereta mereka dan memahami kadar-kadar yang ditawarkan dalam pasaran dan perbezaan yang perlu mereka bayar setiap bulan sebelum membuat keputusan mereka,'' kata Encik Farehan.



Bagi jurutera Encik Tamrin Adi, 35 tahun, rancangan membeli kereta terpakai akan diteruskan meskipun harga COE, kadar faedah pinjaman kereta dan harga petrol meningkat.



"Oleh kerana mempunyai anak-anak yang masih kecil, saya menganggap mempunyai kereta sebagai satu keperluan kerana perlu menghantar dan mengambil mereka ke tadika dan ke rumah orang tua saya yang menjaga mereka.



"Jadi, ia menjimatkan masa... meskipun kos memiliki kereta meningkat, saya terpaksa menanggungnya,'' kata beliau, yang mempunyai dua anak berusia dua dan lima tahun, yang bercadang membeli kereta Honda Vezel.




tanyaBH



Sistem kewangan yang semakin rumit dalam dunia yang tidak menentu akan membuka pelbagai persoalan bagi warga.

Apakah pelaburan yang wajar anda pertimbangkan? Adakah anda mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi?



Jika anda mempunyai persoalan berhubung kewangan, kirimkan kepada kami. Wartawan Berita Harian/Minggu dengan kerjasama pakar dan pengamat kewangan akan menawarkan jawapan untuk anda. Kirimkan soalan atau sumbangan wacana berhubung kewangan kepada bhnews@sph. com.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >