Niaga firma di Qatar mulai pulih, masih lemah di Sri Lanka
Nov 22, 2020 | 05:30 AM
SEJAK Januari lalu, syarikat rekaan dalaman dan binaan, Daya Solution WLL, milik peniaga Singapura masih terbantut di Sri Lanka akibat Covid-19.
Selepas satu kawalan pergerakan penuh dilaksanakan, gelombang kedua pandemik itu berlaku lagi menyebabkan satu lagi kawalan pergerakan penuh diperkenalkan semula di negara itu.