Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Niat di sebalik mulakan syarikat penghantaran makanan, barangan

Sediakan platform agar pekerja dapat terus cari rezeki
Jun 22, 2021 | 05:30 AM



Satu sesi dialog bersama penghantar makanan dan pemilik syarikat penghantaran makanan dan barangan, yang turut disertai oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan Anggota Parlimen GRC Pasir-Ris Punggol, Encik Sharael Taha, telah dianjurkan BERITA HARIAN baru-baru ini. Dalam sesi tersebut, banyak perkara yang telah dikemukakan. Kami sempat menemu ramah tiga di antara peserta yang telah mengikuti dialog tersebut dan berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi khususnya di waktu pandemik ini.




BELIAU boleh dianggap 'wira' kerana banyak membantu rakan-rakannya yang terjejas gara- gara Covid-19 ini.



Namun, bagi Encik Mohammad Rizal Rahmat, beliau memang terdorong memulakan syarikat menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan halal dan barangan ketika di waktu pemutus litar kerana sedih melihat begitu ramainya orang yang terjejas dengan pandemik ini.



Ada yang hilang pekerjaan sekali gus menyebabkan lenyap mata pencarian, ada juga yang terpaksa berpisah dari keluarga di Malaysia dan pelbagai isu lain yang dihadapi.



Beliau juga membantu menawarkan khidmat penghantaran bagi perniagaan dari rumah atau HBB.



Syarikat Encik Rizal, Brother Bo Services kini mempunyai lebih 70 'rakan' penghantar makanan dan barangan yang berdaftar di bawah kendalian syarikat beliau dan mereka menggunakan pelbagai kenderaan untuk menjalankan tugasan.



Encik Rizal, 38 tahun, beroperasi dari rumah, dan beliau menerima tempahan dari pelanggan melalui SMS atau dari aplikasi WhatsApp.



Dengan setiap pesanan yang dipersetujui, pelanggan perlu menghantarkan bayaran yang telah ditetapkan melalui pemindahan wang ke akaun syarikat.



Encik Rizal tidak mengambil keuntungan walau sesen pun, dan menganggap syarikat penghantaran yang diasaskan beliau lebih untuk membantu mereka yang memerlukan dan bukan untuk meraih keuntungan.



Bagi beliau, semua kerja-kerja yang dilakukan ini hanya dengan niat ikhlas ingin membantu serta peluang untuk menambah saham akhiratnya.



"Bagi saya, khidmat penghantaran bukan perkara baru di sini. Jadi, ketika pandemik melanda sejak setahun lalu, memang ramai yang terjejas teruk. Saya terfikir dengan membuka syarikat berdaftar, secara tidak langsung saya mampu memberikan mereka platform untuk bekerja dan mencari rezeki.



"Ketika pemutus litar dan sehingga ke hari ini, banyak peniaga HBB yang menyediakan pelbagai makanan dan perkhidmatan lain, jadi demand and supply (permintaan dan bekalan) itu sentiasa ada.



"Saya juga melihat permintaan untuk khidmat penghantaran akan tetap ada walau dalam keadaan apa sekalipun.



"Semua pekerjaan penghantaran yang dilakukan oleh rakan-rakan saya ini, 100 peratus akan diberikan kepada mereka.



"Mereka semua ini juga menggunakan kenderaan kepunyaan mereka sendiri, jadi tugasan saya hanyalah membantu memadankan keperluan dari pelanggan, dan pembayaran akan saya berikan kepada mereka semua setiap hari," kata Encik Rizal.



FAHAMI KEPERITAN HIDUP PENGHANTAR MAKANAN DAN BARANGAN



Encik Rizal, yang merupakan juga pemandu kenderaan sewa privet (PHV), berkata beliau tidak pernah menganggap mereka yang bekerja bersama syarikatnya sebagai pekerjanya, sebaliknya lebih kepada rakan yang ingin maju bersama.



"Sebagai pemandu PHV sendiri, saya memahami keperitan kehidupan yang mereka alami sejak pandemik ini.



"Dengan adanya syarikat ini, saya berharap kita dapat mengharungi semua kesulitan dan cabaran yang melanda ini, bersama.



"Walaupun saya tidak menerima sebarang keuntungan, namun saya yakin balasannya tetap ada di akhirat nanti.



"Saya juga berasa beruntung kerana teguh mendapat sokongan dari keluarga, dan mereka tahu dan memahami syarikat saya bangunkan ini memang untuk membantu mereka yang memerlukan dan bukan untuk meraih keuntungan," jelas bapa dua anak perempuan berusia lima dan dua tahun ini.



Memandang ke hadapan, Encik Rizal berharap dapat menghulurkan bantuan secara lebih besar lagi, dan menawarkan mereka yang terjejas bantuan pekerjaan dan menghulurkan bantuan-bantuan lain yang diperlukan oleh masyarakat Islam setempat.




Ketika pemutus litar dan sehingga ke hari ini, banyak peniaga HBB yang menyediakan pelbagai makanan dan perkhidmatan lain, jadi 'demand and supply' (permintaan dan bekalan) itu sentiasa ada. Saya juga melihat permintaan untuk khidmat penghantaran akan tetap ada walau dalam keadaan apa sekalipun... Mereka semua ini juga menggunakan kenderaan kepunyaan mereka sendiri, jadi tugasan saya hanyalah membantu memadankan keperluan dari pelanggan, dan pembayaran akan saya berikan kepada mereka semua setiap hari."
- Encik Mohammad Rizal Rahmat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >