PAKAR ekonomi swasta di Singapura telah meningkatkan ramalan ekonomi Singapura tahun ini, dengan jangkaan khidmat kewangan dan sektor perkilangan akan mencatatkan prestasi yang menggalakkan.
Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara dijangka tumbuh 5.8 peratus tahun ini dari 5.5 peratus diramalkan akhir tahun lalu, menurut kenyataan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang menjalankan tinjauan itu.