Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pandemik jejas teruk pengurup

2 tahun lalu: 325; Kini: 289 (45 pula tutup sementara)
Oct 10, 2021 | 05:30 AM



DENGAN sempadan antarabangsa ditutup akibat Covid-19, jumlah pengurup berlesen telah merosot mencapai 289 ketika ini, berbanding 325 dua tahun lalu, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Daripada 289, sebanyak 45 telah menutup perniagaan mereka buat sementara waktu.



"Sehingga 31 Disember 2019, ada 325 pengurup wang berlesen di Singapura. Pemegang lesen pengurup boleh bermohon kepada MAS bagi menutup perniagaan mereka bagi tempoh sehingga enam bulan.



"Ketika ini, terdapat 289 pengurup wang di Singapura, 45 telah menutup perniagaan mereka buat sementara,'' kata MAS, menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM).



Disebabkan penutupan sempadan antarabangsa, kebanyakan pengurup mengalami kerugian, dengan penjualan mereka menjunam 80-90 peratus, kata Setiausaha Persatuan Pengurup Wang Singapura, Encik Oli Mohamed.



"Kami mempunyai lebih 220 anggota sebelum Covid-19. Sebanyak 20 anggota kami tidak lagi mahu menjalankan perniagaan ini kerana mereka tidak lagi boleh tahan. Lagi 20-30 anggota menggantung perniagaan mereka buat sementara. Dengan melakukan demikian, mereka tidak lagi perlu mempunyai kedai dan menjimatkan kos dari segi bayaran sewa,'' kata Encik Oli, ketika ditemu ramah baru-baru ini.



Tahun lalu, Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang memberikan sokongan gaji sebanyak 75 peratus amat membantu mengekalkan kakitangan mereka.



Tetapi, setelah peratusannya merosot, beliau berkata kebanyakan anggota tidak mengetahui sejauh mana mereka dapat bertahan.



Rata-rata pengurup terpaksa menggadaikan simpanan peribadi mereka bagi menampung kos perniagaan seperti membayar sewa dan membayar gaji pekerja.



Untuk menakat, mereka juga telah memberhentikan beberapa orang kakitangan.



Bagi menampung kehidupan mereka, beliau menambah terdapat anggotanya yang menjalankan perniagaan lain seperti makanan dan minuman (F&B), logistik atau bekerja seperti menjadi pemandu Grab dan pengawal keselamatan.



Bagi yang menutup perniagaan sementara, mereka masih perlu membayar yuran pelesenan dan membuat keputusan sama ada mereka ingin mengekalkan kedai mereka atau tidak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >