Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

'Pelaksanaan PWM perlu masa; ambil keperluan pelbagai pihak'

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



PELAKSANAAN Model Gaji Progresif (PWM) memerlukan masa kerana rundingan antara rakan tiga pihak sering tidak begitu mudah dan pertimbangan pelbagai pihak seperti pekerja, majikan dan pembeli perkhidmatan perlu diteliti, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Beliau berkata demikian apabila ditanya mengapakah ia mengambil masa yang agak lama bagi model itu dilaksanakan disebabkan perbincangan rakan tiga pihak dalam satu sidang media mengenai tugas di balik tabir dan perkembangan PWM di Zoom semalam.



Biasanya, ia mengambil masa sekitar dua hingga tiga tahun daripada mengenal pasti sektor untuk dirangkumkan di bawah gaji progresif sehingga selesainya rundingan dan model itu dilaksanakan.



Dr Tan berkata tujuannya adalah untuk memastikan model yang akan dilaksanakan bukan hanya memberi manfaat kepada sektor, malah juga berkekalan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang.



"Jika saya membuat sesuatu yang pantas, yang begitu saja, di mana kami buat keputusan dan terus jalankan, sedangkan keprihatinan utama kami adalah dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan kegenjotan daripada pendekatan dan pemberhentian kerja," kata beliau.



Dr Tan berkata ini tidak semestinya akan mencapai hasil akhir jangka panjang dan yang diinginkan daripada PWM, iaitu untuk membantu pekerja memperolehi kemahiran lebih baik dan produktiviti lebih tinggi, serta mengurangkan ketidaksamaan pendapatan.



Dalam sidang media itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, pula menyentuh tentang aspek negatif mempunyai gaji minimum sebagai alternatif kepada PWM.



Beliau berkata gaji minimum ditetapkan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan kerana akan menyebabkan pekerja diberhentikan kerja jika perniagaan tidak dapat menampung kenaikan kos.



Sekiranya ditetapkan terlalu rendah pula, ia akan menjadi had pendapatan untuk pekerja.



"Meskipun PWM adalah proses lebih terlibat yang mungkin memerlukan lebih sedikit masa, kami tetap mengusahakannya untuk mengurangkan aspek negatif gaji minimum, tawarkan PWM dan memberikannya landasan untuk meningkatkan gaji," kata beliau.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang juga pengerusi Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW), pula berkongsi bahawa pemerintah tidak menentang gaji minimum tetapi telah mengambil beberapa aspek gaji minimum untuk diterapkan ke dalam PWM.



"Anda boleh lihat peringkat pekerjaan lebih rendah dalam PWM ada beberapa elemen gaji minimum, tetapi kami tidak berhenti di situ saja. Kami wujudkan tangga, kami wujudkan peningkatan kerjaya.



"Dan jika anda lihat bagaimana kami berunding dengan rakan tiga pihak, majikan, itulah cara negara Scandinavia seperti Sweden, misalnya, telah melakukannya… Begitu caranya untuk mendapatkan konsensus tiga pihak.



"Tentunya di Singapura, kami mempunyai skim Daya Kerja di mana pemerintah memainkan peranannya untuk mempertingkat pekerja bergaji rendah, menokok gaji mereka jika ia rendah, dan memberikan mereka tokokan gaji dalam kedua-dua wang tunai dan CPF agar mereka juga boleh bersara secara mampan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >