Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Peluang bagi sektor maritim SG, Amerika Latin kongsi latihan

Jan 28, 2022 | 05:30 AM



PERJANJIAN Dagangan Bebas (FTA) antara Perikatan Pasifik (PA) dengan Singapura (PASFTA) akan membuka peluang bagi individu dalam sektor maritim dari Singapura dan Amerika Latin bertukar-tukar pengalaman dan latihan.



Ini selepas Singapura dan empat anggota negara PA - Chile, Colombia, Mexico dan Peru - memeterai perjanjian itu di Persidangan PA Ke-16 di Colombia kelmarin.



Ini kali pertama sebuah FTA Singapura merangkumi bab mengenai khidmat pengangkutan maritim antarabangsa selain bidang perdagangan tradisional dalam barangan, perkhidmatan dan pelaburan, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataannya semalam.



"Bab ini bertujuan mempertingkat ketersambungan fizikal antara PA dengan Singapura, dan rantau masing-masing. Ia juga bertujuan memupuk hubungan antara rakyat yang lebih rapat menerusi pertukaran amalan terbaik, pengetahuan, dan peluang pendidikan dan latihan bagi pelajar maritim," kata kementerian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >