Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pemandu limousin mohon bantuan pemerintah, setelah 60% pendapatan terjejas

Dec 22, 2021 | 05:30 AM



SUMBER pendapatan utama Encik Mohamad Azan Salleh begitu terjejas teruk sekali tatkala pandemik Covid-19 melanda.



Biasanya, pemandu limousin berusia 53 tahun itu membawa penumpang yang terdiri daripada orang kenamaan dari luar negara dan juga penyanyi yang datang ke Singapura untuk membuat konsert atau persembahan.



Namun, segala tempahan yang dibuat oleh klien sebelum ini terpaksa dibatalkan dek sempadan yang ditutup.



Disebabkan itu, Encik Azan beralih melakukan pekerjaan sebagai pemandu Grab Premium sepenuh masa menggunakan keretanya jenama Alphard dengan tujuh tempat duduk.



"Saya bergantung pada Grab untuk mata pencarian saya, membayar sewa kereta dan juga untuk menyara kehidupan keluarga," kata beliau, yang masih menerima tempahan daripada klien sekali-sekala di sini.



Pemilik Bzy Limousines itu berkongsi bahawa pendapatan bulanannya kini sekitar $6,000, namun setelah ditolak bayaran sewa kereta yang kira-kira $2,500 dan duit minyak hampir $1,500 sebulan serta bil api air, telefon, dan keperluan rumah yang lain, baki simpanannya hanya sekitar $1,000.



Beliau telah kehilangan 60 peratus daripada pendapatannya.



Dalam usaha mencukupkan pendapatannya itu, Encik Azan telah memohon bantuan melalui beberapa skim pemerintah.



Ini seperti Geran Pemulihan Covid-19 (CRG) dan Geran Pemulihan Covid19 (Sementara) (CRG-T).



Bagi CRG, beliau menerima $500 sebulan untuk enam bulan, dengan kali terakhir beliau menerima bantuan di bawah geran itu ialah pada bulan lalu.



Bagi CRG-T pula, beliau menerima bayaran $600 sekali.



"Alhamdulillah, saya satu-satunya pencari nafkah di rumah. Isteri saya tidak bekerja dan ibu mentua saya pula berkerusi roda.



"Saya juga masih ada tiga anak yang bersekolah. Bantuan yang kami dapat ini hanya untuk bertahan, untuk bayar duit rumah dan bil-bil yang lain," kata bapa lima anak itu, yang juga anggota kesatuan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA).



Selain itu, beliau menerima bantuan di bawah Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (SIRS), Bayaran Khas Daya Kerja, dan Dana Penjagaan Pemandu oleh NTUC.



Encik Azan berharap keadaan pandemik akan bertambah baik dan perniagaan boleh kembali seperti sediakala.



"Kita perlu hidup dengan virus ini dan kembali rancakkan perniagaan walaupun jika peraturan melakukan ujian swab dan langkah-langkah lain demi memastikan keselamatan di sempadan perlu dilaksanakan.



"Kita harus teruskan hidup dengan virus ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >