Pemilik Irmaya Wedding tersentuh dengan usaha keras pelbagai pihak bantu aturan dilonggar
Oct 01, 2020 | 05:30 AM
SAMBIL bergenangan air mata, pemilik Irmaya Wedding Gallery, Cik Nurmaya Mohd Salleh, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, semasa sesi Facebook Live Berita Harian malam kelmarin.
Menurut ibu tujuh anak ini, yang telah berkecimpung dalam industri perkahwinan lebih 10 tahun, pengumuman pemerintah baru-baru ini untuk meningkatkan jumlah tetamu bagi majlis walimah kepada 100 amat dialu-alukannya.